KANGAR, 21 Oktober 2022 (Bernama) — Parti Warisan akan bertanding di kesemua tiga kerusi Parlimen, dan enam daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Warisan Perlis Abdul A’zib Saad.
Beliau berkata Warisan akan bertanding di semua kerusi Parlimen iaitu Arau, Padang Besar dan Kangar, manakala enam kerusi DUN yang bakal ditandingi akan diumumkan setelah mendapat persetujuaan daripada Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
“Senarai nama calon telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti dan akan diumumkan dalam masa dua atau tiga hari lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini, serta memberi bayangan dua calon DUN yang ditampilkan adalah anak muda tempatan berumur di bawah 30 tahun.
Warisan dilancarkan di Perlis pada Jun lepas oleh Mohd Shafie, dan PRU15 merupakan kali pertama bagi parti yang diasaskan di Sabah itu bertanding di Perlis.
Perlis mempunyai 15 kerusi DUN. Sebelum pembubaran DUN penggal ke-14 pada 14 Okt, 10 kerusi diwakili Barisan Nasional (BN), tiga PKR dan dua PAS.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.
– BERNAMA
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment