Politik @ My LNA

PRU15: Warisan bertanding tiga kerusi Parlimen, enam kerusi DUN Perlis

273

KANGAR, 21 Oktober 2022 (Bernama) — Parti Warisan akan bertanding di kesemua tiga kerusi Parlimen, dan enam daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Warisan Perlis Abdul A’zib Saad.

Beliau berkata Warisan akan bertanding di semua kerusi Parlimen iaitu Arau, Padang Besar dan Kangar, manakala enam kerusi DUN yang bakal ditandingi akan diumumkan setelah mendapat persetujuaan daripada Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Senarai nama calon telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti dan akan diumumkan dalam masa dua atau tiga hari lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini, serta memberi bayangan dua calon DUN yang ditampilkan adalah anak muda tempatan berumur di bawah 30 tahun.

Warisan dilancarkan di Perlis pada Jun lepas oleh Mohd Shafie, dan PRU15 merupakan kali pertama bagi parti yang diasaskan di Sabah itu bertanding di Perlis.

Perlis mempunyai 15 kerusi DUN. Sebelum pembubaran DUN penggal ke-14 pada 14 Okt, 10 kerusi diwakili Barisan Nasional (BN), tiga PKR dan dua PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

– BERNAMA

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...