AMPengguna @ My LNA

KPDNHEP berjaya perangi cetak rompak digital

200

PUTRAJAYA, 21 Oktober 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) amat memandang serius terhadap kegiatan urus niaga cetak rompak dan barangan tiruan di seluruh Negara terutamanya penjualan alat peranti teknologi penstriman yang mengandungi karya hak cipta tanpa kebenaran secara fizikal dan digital.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDHEP, Azman bin Adam berkata dalam satu kenyataan hari ini, bagi tempoh 2018 hingga September 2022, KPDNHEP telah berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal dengan mengahsilkan sebanyak 531 kes dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM 5.4 juta.

Katanya penguatkuasaan secara maya merupakan antara tindakan yang berkesan dalam menyekat penyebaran cetak rompak secara digital di dalam medium internet antaranya tindakan bagi sekatan laman sesawang (web site blocking) dan penurunan kandungan (content removal).

“Tindakan ini merupakan kaedah yang paling pantas dan berkesan dalam melumpuhkan aktiviti penularan cetak rompak digital dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui penguatkuasaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) dan pihak industri atau pemilik hak cipta. Malaysia juga sering dijadikan contoh kepada negara-negara lain di atas keberkesanan melaksanakan sekatan laman sesawang (website blocking) dan penurunan kandungan (content removal) dalam melumpuhkan capaian kepada cetak rompak digital tersebut.

Bagi tempoh 2018 hingga September 2022, KPDNHEP telah berjaya melaksanakan sekatan laman sesawang (website blocking) yang mengandungi karya hak cipta tanpa kebenaran secara digital yang melibatkan 2,252 laman sesawang dan sebanyak 2,391 kandungan telah diturunkan bagi tindakan (content removal).” kata Azman.

Tambah beliau, inisiatif lain yang dilakukan oleh KPDNHEP untuk memerangi cetak rompak digital tersebut adalah dengan melakukan sekatan laman sesawang cetak rompak melalui program Cyber Copyright Enforcement (CYCORE). Katanya, bermula 2021 sehingga kini sebanyak 27 filem telah menyertai program ini dengan jumlah sekatan laman sesawang yang telah berjaya disekat adalah sebanyak 319 sekatan dan sebanyak 1,902 penurunan kandungan telah berjaya diselesaikan.

“KPDNHEP ingin menegaskan bahawa, sekiranya didapati mana-mana individu/peniaga yang menjual penjualan alat peranti teknologi penstriman yang mengandungi karya hak cipta tanpa kebenaran tindakan tegas akan diambil di bawah seksyen 43AA, Akta Hak Cipta 1987. Jika disabitkan kesalahan, denda yang boleh dikenakan adalah tidak kurang daripada RM 10,000.00 dan tidak melebihi RM 200,000.00 atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, KPDNHEP juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggunakan peruntukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang membolehkan kesemua akaun milik pesalah/suspek dibekukan dan dilucuthak jika didapati bersalah. Peruntukan kesalahan ini juga turut terpakai kepada mana-mana pemilik premis perniagaan atau pengurusan bangunan yang menyediakan atau menyewakan premis mereka kepada individu/peniaga yang menjalankan aktiviti penjualan alat peranti teknologi penstriman yang mengandungi karya hak cipta tanpa kebenaran dan cetak rompak kerana bersubahat dan bekerjasama dengan peniaga terbabit.

KPDNHEP ingin memberikan amaran kepada semua peniaga agar tidak menjual alat peranti teknologi penstriman yang mengandungi karya hak cipta yang dituntut haknya tanpa kebenaran. Tindakan penguatkuasaan serta pemantauan yang berterusan dan tegas akan dilakukan oleh pihak Kementerian kerana alat peranti teknologi penstriman ini berupaya untuk melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya hak cipta yang dilindungi.” kata Azman.

Tambah Azman, KPDNHEP juga telah mengenalpasti beberapa laman sesawang dan media sosial yang popular di kalangan komuniti cetak rompak digital yang sering kali diadukan oleh pemilik hak cipta dan industri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...