Politik @ My LNA

DAP gesa Kerajaan jelaskan butiran kontrak penggantian 200 unit tiang lampu bernilai RM30.75 juta

76

11 Jun 2022 – Kerajaan digesa supaya jelaskan butiran kontrak bernilai RM30.75 juta bagi kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian membabitkan penggantian 200 unit tiang lampu di Lembah Klang untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengerusi biro aduan awam kebangsaan DAP Lim Lip Eng berkata media telah melaporkan bahawa Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) telah menerima kontrak tersebut melalui syarikat Ennova Sdn Bhd.

“Orang ramai tertanya-tanya, adakah kontrak bernilai RM30.75 juta itu semata-mata hanya untuk membina 200 tiang lampu? Adakah ini bermaksud pembinaan satu tiang lampu perlu menelan kos bernilai sebanyak RM153,750?

Saya juga akan menjalankan tugas saya selaku wakil rakyat dengan mendapatkan penjelasan daripada DBKL apakah kontrak tersebut diberikan melalui tender terbuka atau tidak. Mengapa kontrak itu perlu diberikan melalui Ennova Sdn Bhd dan bukannya terus daripada DBKL atau kerajaan?” soal Ahli Parlimen Kepong tesebut.

Tegas beliau Kerajaan tiada alasan untuk mengetepikan soal ketelusan dan tadbir urus yang baik dalam pengurusan kontrak berbelanja begitu tinggi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...