COVID-19 @ My LNAJenayah

OKT warganegara Myanmar meninggal akibat positif COVID-19

311

26 Februari 2022 – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Azri bin Ahmad memaklumkan bahawa seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang merupakan warganegara Myanmar meninggal dunia pada 26 februari 2022 jam 2.22 pagi akibat COVID-19.

“Pada 25 februari 2022, anggota Balai Polis Jeram Perdah, Pasir Mas, Kelantan telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki warganegara Myanmar atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Ujian awal mendapati Orang Kena Tahan (OKT) positif COVID-19 dan telah dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut.

OKT dimasukkan ke wad COVID-19 Hospital Tanah Merah, Kelantan pada 25 februari 2022 lebih kurang 4.00 petang dan pada 26 februari 2022 lebih kurang 2.22 pagi, OKT telah disahkan meninggal dunia.

Punca kematian adalah disebabkan OKT positif COVID-19.” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman akan menjalankan siasatan kes kematian tersebut.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayah

Muat naik komen lucah di Facebook isu khatan bayi anak seorang doktor: Tiga individu dikompaun RM75,000

CYBERJAYA, 18 Julai 2024 – Seramai tiga individu telah dikenakan kompaun berjumlah...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM tumpaskan ‘GENG BROGA’

PUTRAJAYA, 9 Jun 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan...

BM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia tumpaskan premis pelacuran beroperasi lebih 30 tahun di Kuala Lumpur

PUTRAJAYA 25 Mei 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menumpaskan sebuah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...