Ekonomi @ My LNA

Ketengahkan produk Malaysia ke Timur Tengah dan Afrika Utara – MPIC

153

Kuala Lumpur, 7 Februari 2022 – Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Lulu Hypermarket untuk memasarkan produk berasaskan minyak sawit Malaysia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Datuk Willie Anak Mongin yang mewakili Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).

Bagi industri minyak sawit, konsep ‘Sustainable Agri-commodity’ menyediakan platform yang kukuh bagi Malaysia untuk memperluaskan pasaran global eksport minyak sawit. Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan akan menjadi tema promosi dan pemasaran utama bagi industry minyak sawit sepanjang minggu sempena Minggu Agrikomoditi Mampan Malaysia (Food Agricommodities) dari 7 hingga 12 Februari 2022 di Ekspo Dunia 2020, Dubai.

Inisiatif dan pengurusan mampan dalam industri minyak sawit Malaysia merangkumi  garis panduan kawal selia Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), Amalan Pertanian Baik dan pembangunan teknologi canggih oleh huluan, pertengahan dan hiliran.

Manakala MPIC melalui Lembaga Koko Malaysia pula akan beri tumpuan untuk hasilkan biji koko bermutu untuk memenuhi permintaan tinggi. Kementerian yakin dengan penggunaan kaedah terkini dalam penanaman tanaman, penuaian, pemprosesan biji selepas tuaian dan koko,dan menguruskan bahan genetik koko, Malaysia boleh menjadi salah satu pengeluar biji koko berkualiti tinggi di dunia.

Sementara itu Lembaga Lada Malaysia (MPB) akan mengetengahkan produk lada nilai tambah yang dihasilkan oleh PKS dan lada premium seperti Lada Putih Berkrim (CWP) yang disahkan halal. Beberapa perkara, seperti produk baru, peraturan import, trend penggunaan, kualiti dan harga tawaran juga akan dibincangkan dengan pembeli sedia ada dan bakal pembeli semasa pameran Ekspo Dubai 2020.

Wille berharap kehadiran MPIC di Ekspo Dunia 2020 Dubai akan membantu meneroka pasaran Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), serta memudahkan usaha sama dan pelaburan asing yang berpotensi dari rantau MENA.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...