AMKenyataan Media

Peningkatan saman dalam Op Selamat di Tahun Baru Cina – PDRM

88

KUALA LUMPUR, 8 Februari 2022 – Op Selamat 17 yang telah dilaksanakan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada 28 Januari dan berakhir 6 Februari 2022, menunjukkan peningkatan saman dalam operasi tersebut. Sebanyak 308,726 saman pelbagai kesalahan telah dikeluarkan oleh PDRM sepanjang Op Selamat 17/2022 sempena Tahun Baru Cina.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata ia menunjukkan peningkatan 37,558 saman atau 14 peratus dalam operasi berkenaan berbanding 271,168 saman sepanjang Op selamat 16/2021. Sebanyak 11,325 kes kemalangan, berbanding 15,382 menerusi Op Selamat 16/2020, sekali gus menunjukkan penurunan sebanyak 26 peratus telah dicatatkan dalam operasi tersebut. Jumlah kemalangan maut pula merekodkan sebanyak 108 kes berbanding 133 kes sama pada Op Selamat 16/2020. Ia menunjukkan penurunan 25 kes atau 19 peratus.

“Jumlah kematian direkodkan sebanyak 119 dan 149 kes masing-masing pada Op Selamat tahun ini dan 2020. “Penunggang dan pembonceng motosikal masih lagi sebagai penyumbang utama kes kematian direkodkan sepanjang Op Selamat kali ini dengan 82 kematian berbanding operasi sama pada 2020 iaitu 97 kematian membabitkan individu berkenaan yang menunjukkan penurunan 15 kematian atau 15 peratus,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Op Selamat tidak tertumpu kepada keselamatan jalan raya semata-mata, sebaliknya ia merangkumi keselamatan rumah ditinggalkan sempena sambutan perayaan berkenaan. Sebanyak 84,687 rondaan dibuat di rumah dan premis ditinggalkan menerusi Op Selamat kali ini. “Taburan jenayah pecah rumah bagi seluruh negara mencatatkan 326 kes iaitu penurunan sebanyak 35 peratus berbanding 502 kes sebelumnya.

“Polis juga berjaya membuat tangkapan terutama dalam Op Samseng Jalanan dan Op Mabuk yang menjadi kegusaran masyarakat ketika ini. “Beberapa operasi dijalankan dan seramai 351 orang berjaya ditangkap menerusi Op Samseng Jalanan dengan 37 individu didapati positif dadah, manakala seramai 204 orang ditahan mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...