Kuala Lumpur, 7 Februari 2022 – Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Lulu Hypermarket untuk memasarkan produk berasaskan minyak sawit Malaysia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Datuk Willie Anak Mongin yang mewakili Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).
Bagi industri minyak sawit, konsep ‘Sustainable Agri-commodity’ menyediakan platform yang kukuh bagi Malaysia untuk memperluaskan pasaran global eksport minyak sawit. Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan akan menjadi tema promosi dan pemasaran utama bagi industry minyak sawit sepanjang minggu sempena Minggu Agrikomoditi Mampan Malaysia (Food Agricommodities) dari 7 hingga 12 Februari 2022 di Ekspo Dunia 2020, Dubai.
Inisiatif dan pengurusan mampan dalam industri minyak sawit Malaysia merangkumi garis panduan kawal selia Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), Amalan Pertanian Baik dan pembangunan teknologi canggih oleh huluan, pertengahan dan hiliran.
Manakala MPIC melalui Lembaga Koko Malaysia pula akan beri tumpuan untuk hasilkan biji koko bermutu untuk memenuhi permintaan tinggi. Kementerian yakin dengan penggunaan kaedah terkini dalam penanaman tanaman, penuaian, pemprosesan biji selepas tuaian dan koko,dan menguruskan bahan genetik koko, Malaysia boleh menjadi salah satu pengeluar biji koko berkualiti tinggi di dunia.
Sementara itu Lembaga Lada Malaysia (MPB) akan mengetengahkan produk lada nilai tambah yang dihasilkan oleh PKS dan lada premium seperti Lada Putih Berkrim (CWP) yang disahkan halal. Beberapa perkara, seperti produk baru, peraturan import, trend penggunaan, kualiti dan harga tawaran juga akan dibincangkan dengan pembeli sedia ada dan bakal pembeli semasa pameran Ekspo Dubai 2020.
Wille berharap kehadiran MPIC di Ekspo Dunia 2020 Dubai akan membantu meneroka pasaran Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), serta memudahkan usaha sama dan pelaburan asing yang berpotensi dari rantau MENA.
- Artificial Intelligence (AI) Robots Market to Reach USD 89.57 Billion by 2032, at 29.46% CAGR | Research by SNS Insider
- Sunrise Lawn Care in Katy TX Highlights Community Partnerships
- Singapore’s Tolaram Welcomes IFC Investment in Lagos Free Zone to Boost Industrial Growth and Economic Diversification in Nigeria
- Make the Moment: The 2025 OnePlus Photography Awards Calling for Creativity Worldwide
- MEET48 Unveils Multiple AI Products, Redefining the Future of the Entertainment Industry
Leave a comment