KUALA LANGAT 30 Disember 2021 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memaklumkan bahawa 4 buah kampung di Bukit Changgang, Kuala Langat termasuk kampung orang asli (KOA) dijadikan sebagai kampung angkat oleh KPLB.
Kata KPLB, sebanyak 1,700 kediaman daripada 2,200 kediaman terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini. Kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Bukit Changgang, Kampung Labuhan Dagang, Rancangan Tanah Berkelompok Bukit Changgang dan Kampung Orang Asli Paya Rumput.
Justeru, lebih 400 orang sukarelawan KPLB turun padang di Bukit Changgang, Kuala Langat bagi meneruskan misi gotong royong dan pembaikan barangan elektrik pasca banjir di kampung-kampung sekitar Bukit Changgang.
“Turut hadir mengetuai misi KPLB adalah Ketua Setiausaha, Dato’ Ramlan Harun, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Dato’ Che Murad Sayang Ramjan, Ketua Pengarah KEMAS, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, Ketua Pengarah MARA, Dato’ Azhar Abdul Manaf serta pegawai dan kakitangan KPLB dan Agensi.
Pihak KPLB turut menggerakkan pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan elektrik di bawah institusi agensi iaitu KEDA dan MARA untuk melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan pendawaian dan pembaikan barangan elektrik.
Misi yang dilaksanakan oleh KPLB ini adalah selaras dengan saranan Ketua Setiausaha Negara dalam menggerakkan agensi kerajaan serta menjadikan kawasan yang terjejas banjir sebagai kawasan angkat dalam memastikan pemulihan pasca banjir dapat dilaksanakan segera.” kata KPLB dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambah KPLB, Inisiatif tersebut akan dilaksanakan selama seminggu di kawasan Bukit Changgang dalam memastikan kehidupan masyarakat yang terlibat dapat dipulihkan seterusnya diteruskan seperti biasa.
- AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah
- Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan
- Moomoo Wins “Digital CX Awards 2024” by The Digital Banker
- Nano-Care Deutschland AG launches next generation of sustainable PFAS-free oleophobic coatings
- Winner of Hong Kong’s Flagship Global Elevator Pitch Competition Crowned
Leave a comment