Home Kenyataan Media KKR berjaya siapkan pemasangan Jambatan Compact Bailey
Kenyataan Media

KKR berjaya siapkan pemasangan Jambatan Compact Bailey

HULU LANGAT 2 Januari 2022 – Pemasangan Jambatan Compact Bailey di Batu 19, Jalan Sg Lui, Hulu Langat berjaya disiapkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) hari ini. Jambatan berukuran 18 meter panjang dengan kelebaran 9 meter tersebut, telah dimulakan oleh Pasukan Jambatan Bailey JKR Petaling pada petang, 1 Januari 2022.

Menurut KKR di dalam satu siaran media yang diedarkan hari ini, dalam kejadian banjir di daerah Hulu Langat pada 18 Disember 2021, jambatan asal merentasi Sungai Langat yang menghubungkan jalan utama dengan beberapa buah rumah penduduk telah runtuh dan menyebabkan penduduk di kawasan terbabit terputus hubungan.

“Kerja-kerja pemasangan Jambatan Bailey di Jalan Sg Lui ini membabitkan 14 orang Ahli Pasukan Jambatan Bailey JKR Petaling dan 20 orang anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja. Manakala kerja-kerja abutment jambatan dilaksanakan oleh JKR Hulu Langat melalui kontraktor. Kerja-kerja bermula 3.00 petang semalam, 1 Januari 2022 dan pemasangan siap pada pukul 5.00 pagi, 2 Januari 2022. Kerja-kerja pembinaan ramp dan premix jambatan ini akan dilaksanakan bermula pada hari Isnin dan dijangka akan disiapkan pada hari Selasa 4 Januari 2022.” kata KKR.

Tambah KKR, sebagai tanggungjawab korporat (CSR), KKR dan Agensi telah menggerakkan Misi Pasca Banjir membabitkan semua Agensi di bawah KKR bermula pada 19 Disember 2021 yang lalu.

“Misi yang melibatkan sukarelawan KKR Agensi, membabitkan operasi membantu perpindahan mangsa banjir, penghantaran bantuan menggunakan aset JKR, bantuan pembersihan termasuk rumah, pusat komuniti awam seperti sekolah, dewan serbaguna, surau dan lain-lain.” kata KKR.

Disamping itu, KKR, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dan Lebuhraya EKVE turut memberikan sumbangan sebanyak empat (4) water jet dan 100 beg sekolah kepada mangsa banjir di Taman Sri Nanding.

KKR dan agensi juga turut mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BigBen), JKR Malaysia yang beroperasi 24 jam sehari bagi memantau dan melaporkan situasi banjir atau bencana alam yang berlaku di seluruh Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

Kenyataan Media

Menteri KBS hadir di ICYSM

8 September 2022 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal...

Kenyataan Media

MERDEKA RIDE DAN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 31 Ogos 2022

PUNCAK ALAM 31 Ogos 2022 – Kelab Bersekutu 2 Roda (KB2R) telah...