Home Kenyataan Media Ops BAHIS mulakan misi di Bukit Changgang – KKMM
Kenyataan Media

Ops BAHIS mulakan misi di Bukit Changgang – KKMM

KUALA LANGAT 30 Disember 2021 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) meneruskan Ops Bantu Hingga Selesai (Ops BAHIS) pasca banjir di Kampung Bukit Changgang dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan teruk akibat bencana banjir baru-baru ini.

Operasi yang diketuai oleh Ketua Setiausaha KKMM, Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek, Kampung Bukit Changgang dalam daerah Kuala Langat, merupakan kawasan angkat kepada KKMM. Selain KKMM, Kampung Bukit Changgang turut menjadi kawasan angkat kepada tiga lagi  kementerian lain iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Seramai 680 orang sukarelawan, iaitu 550 orang dari KKMM manakala selebihnya daripada sukarelawan rakan strategik seperti Rumah Prihatin, YTL dan Celcom ditugaskan membantu kerja pembersihan itu. Ops BAHIS turut berada di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat dan Taman Sri Muda, Shah Alam untuk kerja pembersihan dan dihadiri seramai 540 sukarelawan daripada KKMM, TM, Maxis, DiGi dan MRCB menyumbang tenaga untuk misi tersebut.

Ia  bukan sahaja membantu dalam kerja-kerja pembersihan dengan mengutamakan keluarga yang memohon bantuan operasi, tetapi juga memberi semangat, sokongan moral dan penawar tekanan serta trauma yang dialami akibat musibah banjir ini.

Operasi yang menyasarkan 300 buah rumah sepanjang lima hari telah bermula pada 29 Disember 2021 itu, merupakan cetusan idea Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa yang berkonsepkan Keluarga Angkat iaitu menempatkan sekurang-kurangnya lima orang sukarelawan yang akan bersama-sama dengan keluarga tersebut membersihkan rumah dan kawasan sekitar.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...