PADANG TERAP 18 Disember 2021 – Usul menjadikan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘Poster Boy’ untuk parti itu dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diluluskan oleh UMNO Bahagian Padang Terap hari ini. Menurut Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan sebulat suara itu dicapai kerana diyakini mampu menarik orang ramai untuk mengundi BN dan UMNO.
“Keputusan supaya Ismail Sabri menjadi ‘poster boy’ ini diluluskan secara sebulat suara dan faktor utamanya kerana beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika ini.
Beliau juga dilihat menjalankan tugas dengan baik dan faktor tersebut diyakini dapat menarik lebih ramai orang untuk mengundi UMNO dan BN.” kata Mahdzir dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap di Pusat Khidmat Komuniti, Kampung Padang Kerasak, Naka dekat sini hari ini.
Tambah beliau, keputusan tersebut diyakini juga akan menjadi strategi yang baik kepada parti tersebut bagi memenangi hati pengundi pada PRU akan datang.
Selain usul berkenaan, tiga lagi usul yang diluluskan secara sebulat suara dengan satu daripadanya adalah menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal pada 2023. Dalam hal ini, Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Perdana Menteri perlu diberi masa dan ruang mencukupi untuk menyelesaikan beberapa perkara penting terutamanya berkaitan pemulihan ekonomi akibat pandemik Covid-19. Katanya PRU-15 tidak perlu diadakan dalam masa terdekat.
“Apabila sampai satu ketika beliau merasakan sudah sampai masanya untuk adakan pilihan raya bersandarkan faktor tertentu, biarlah Ismail Sabri sendiri berbincang dengan kepimpinan parti,” katanya.
Menjawab soalan berkenaan kelayakan Ismail Sabri untuk diangkat sebagai Presiden parti, Mahdzir berkata perkara itu perlu diserahkan kepada ahli parti pada pemilihan akan datang.
“Itu soal pemilihan dan berbeza sama sekali dengan usul yang kita luluskan hari ini.Namun kalau boleh, kita mahu supaya Perdana Menteri menjadi orang sama menguruskan urusan berkaitan parti.
Apa pun saya sebutkan tadi, ini perlu dikembalikan kepada ahli dan kita perlu kembali kepada bahagian serta akar umbi bagi menentukan perkara tersebut,” katanya.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment