Kenyataan Media

Saifuddin lawat Turki dan India

116

PUTRAJAYA 19 Disember 2021 – Kementerian Luar Negeri (KLN) pada hari ini memaklumkan bahawa Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah akan mengadakan lawatan rasmi ke Republik Turki dari 20-22 Disember 2021 dan Republik India dari 23-25 Disember 2021. Menurut KLN lawatan tersebut merupakan lawatan kali pertama beliau sejak dilantik sebagai Menteri Luar Negeri pada 30 Ogos 2021.

“YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah dijadualkan membuat kunjungan hormat ke atas TYT Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Republik Turki. Pertemuan tersebut akan didahului dengan mesyuarat dua hala bersama TYT Mevlüt Çavuşoğlu, Menteri Luar Negeri Republik Turki. Kedua-dua Menteri Luar akan membincangkan inisiatif untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa. YB Menteri Luar Negeri juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak media, kumpulan pemikir serta institusi akademik di Turki bagi mempromosikan falsafah hidup bersama dalam budaya damai serta usaha menentang Islamofobia, selain bertemu dengan organisasi bantuan kemanusiaan Turki untuk membincangkan kerjasama dalam usaha menghulurkan bantuan kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

Lawatan ini mencerminkan hubungan akrab dan strategik antara kedua-dua negara. Ia juga akan memberikan peluang kepada kedua-dua negara meneroka inisiatif baharu dalam usaha pemulihan pasca pandemik. Turki merupakan rakan penting dalam bidang ekonomi dan perdagangan bagi Malaysia. Jumlah nilai dagangan dua hala dari tempoh Januari hingga Oktober 2021 mencatatkan peningkatan sebanyak 81.9 peratus kepada RM14.08 billion (USD3.40 billion) berbanding RM7.74 billion (USD1.83 billion) bagi tempoh yang sama pada tahun 2020.” kata KLN melalui satu siaran akhbar yang diedarkan hari ini.

Selepas Turki, Saifuddin akan turut mengadakan lawatan rasmi ke India. Malaysia dan India mempunyai hubungan kukuh yang dipupuk menerusi jalinan ketamadunan, kebudayaan dan sosial.

“Jalinan kukuh kerjasama strategik yang terbina sejak 23 November 2015, telah menghasilkan kerjasama yang dinamik dalam pebagai bidang antara kedua-dua negara.

Semasa lawatan, YB Dato’ Sri Saifuddin akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, TYT Dr. S. Jaishankar, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri India bagi membincangkan isu-isu berkepentingan bersama. YB Menteri Luar Negeri juga akan meneroka kerjasama dalam bidang-bidang baharu yang strategik dengan India dalam era pasca pandemik. Perkara-perkara lain yang akan turut disentuh dalam perbincangan tersebut juga meliputi diplomasi kebudayaan, keselamatan siber, pertahanan, ekonomi digital, diplomasi kesihatan dan perdagangan serta pelaburan.

Lawatan ke India akan membina momentum jalinan kukuh kerjasama strategik, sekaligus mempamerkan keakraban dan kesediaan kedua-dua pihak untuk memperkukuhkan semula hubungan dua hala, selain matlamat bersama untuk mencapai keamanan global, kemajuan serta kemakmuran. India merupakan rakan dagang terbesar di rantau Asia Selatan dengan jumlah perdagangan tahunan melepasi USD15 billion sepanjang lima tahun yang lepas.” kata KLN.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...