Ekonomi @ My LNALuar Bandar @ My LNA

KPLB peruntukkan RM1.92 juta bantu pulihkan perniagaan usahawan luar bandar melalui SPKLB

209

PADANG TERAP 18 Disember 2021 – Sejumlah RM1.92 juta diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi membantu usahawan luar bandar memulihkan semula perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peruntukan itu disalurkan menerusi program khas Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB).

“Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar tersebut turut menjadi salah satu inisiatif di bawah Strategi Memperkukuh Program Sokongan Keusahawanan Luar Bandar, Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari.

Bermula September lalu, KPLB telah melaksanakan Program Sokongan SPKLB Re-Start yang bertujuan untuk membantu usahawan luar bandar yang terjejas akibat Covid19 bagi memulakan semula perniagaan mereka dengan penyediaan geran bantuan dalam bentuk pembelian, pembaikan aset, mesin, peralatan, modal pusingan dan pengubahsuaian premis dengan nilai RM3,000 hingga RM5,000.” kata Mahdzir pada sidang media selepas merasmikan Program Outreach Keusahawanan dan Pendidikan KPLB di Kompleks Komuniti Padang Kerasak di Naka dekat sini hari ini.

Tambah beliau, setakat ini sejumlah 400 usahawan luar bandar di seluruh negara telah menerima manfaat daripada geran program SPKLB. Program yang diperkenalkan pada tahun 2019 menyediakan geran penuh kepada usahawan bagi menampung kos operasi dan keperluan modal pusingan bagi meneruskan kelangsungan perniagaan. Selain menyediakan latihan, kursus dan kejurulatihan yang bersesuaian kepada usahawan yang komited mengembangkan perniagaan mereka.

“Program SPKLB disasarkan kepada usahawan luar bandar yang komited meningkatkan taraf hidup dan ekonomi selain menggalakkan usahawan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang bernilai tinggi bagi meluaskan pasaran produk mereka.” ujar Mahdzir.

Pada majlis yang sama, Mahdzir turut menyempurnakan Simbolik Penyerahan Geran Bantuan SPKLB kepada 400 usahawan di seluruh negara, menyampaikan bantuan gajet pembelajaran kepada 50 pelajar dan cermin mata kepada 100 pelajar dari keluarga B40.

Turut disampaikan, bantuan wang saku persekolahan kepada 300 pelajar sekitar daerah Padang Terap dan Bantuan Bakti Desa KPLB kepada 204 orang pelajar berjumlah RM204 ribu.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...