COVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah kumulatif kes import yang disahkan varian Omicron adalah 13 kes

130

18 DISEMBER 2021 – Sejumlah 11 daripada 18 kes yang disyaki berkemungkinan varian Omicron seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada 16 Disember 2021 telah disahkan varian Omicron.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan media hari ini, kesemua 11 kes varian Omicron yang dilaporkan ini adalah kes import.

“Tujuh (7) lagi sampel bagaimanapun tidak dapat disahkan varian Omicron memandang ujian jujukan genom penuh tidak berjaya dijalankan. Ini disebabkan tahap viral load yang rendah dalam sampel-sampel yang diterima. Ketujuh-tujuh sampel didapati mempunyai nilai kitaran ambang (CT value) yang tinggi iaitu enam (6) sampel dengan CT value melebihi 30 dan satu (1) sampel mempunyai CT value 28.47.

Ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes import yang disahkan varian Omicron adalah 13 kes. Dalam pada itu, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga telah mengesan 13 lagi kes import yang menunjukkan kemungkinan varian Omicron pada 17 Disember 2021 dan kini sedang menunggu keputusan pengesahan daripada jujukan genom penuh (WGS). Maklumat lanjut mengenai perkara-perkara di atas akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.” kata Dr. Noor Hisham.

Tambah beliau, sebanyak 222 kes baharu varian dilaporkan daripada 11 Disember 2021 sehingga 17 Disember 2021.

“IMR telah mengenal pasti sebanyak 128 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu 117 varian Delta (B.1.617.2) dan 11 varian Omicron (B.1.1.529) (seperti dilaporkan di atas), manakala Malaysian Genome & Vaccine Institute (MGI) telah mengenalpasti sebanyak 48 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2). Di samping itu, UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) juga telah mengenalpasti 46 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Sehingga kini, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 5,213 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 5,193 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, bagi VOC terdapat sebanyak 4,933 kes varian Delta, 233 kes varian Beta, 14 kes varian Alpha dan 13 kes varian Omicron. Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa dan tiga (3) kes varian Eta.” katanya.

Dengan peningkatan kes import varian Omicron di Malaysia ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertingkatkan lagi aktiviti kawalan dan pencegahan COVID-19 termasuk varian Omicron di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan di dalam komuniti. Justeru, KKM menggalakkan supaya setiap individu mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 agar tahap perlindungan yang optimum dapat dicapai bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAUTAMA

Selangor catat bilangan lokaliti hotspot denggi tertinggi

PUTRAJAYA, 21 Julai 2024 – Pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024, jumlah...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNA

Program kerjasama AADK-MAIS sediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah

SELANGOR, 19 Julai 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama Majlis Agama...

AMBernamaBM @ MY LNAKesihatan @ My LNA

Penerbitan Summary Of The Malaysia National Cancer Registry Report 2017-2021

KUALA LUMPUR, 19 Julai 2024 (Bernama) – Kanser terus meningkat sebagai penyakit kronik,...