Home Ekonomi Sektor perbankan bantu peminjam, Menteri MEDAC sokong kenyataan PM
Ekonominiagaz10

Sektor perbankan bantu peminjam, Menteri MEDAC sokong kenyataan PM

18 DISEMBER 2021 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri yang mengalu-alukan tindakan sektor perbankan yang terus membantu peminjam yang menghadapi masalah kewangan. Kata beliau melalui satu kenyataan media hari ini, usaha tersebut selaras dengan dasar baru MEDAC yang beliau umumkan supaya agensi yang memberikan pembiayaan kepada usahawan seperti TEKUN Nasional, Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp. Malaysia, PUNB, AIM dan PERNAS tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada peminjam.

“Dalam masa yang sama urusan permohonan pembiayaan dana Kerajaan dipermudahkan lagi dengan tidak menggunapakai tapisan CTOS dan CCRIS. Ini juga merupakan satu tindakan dalam membantu usahawan yang terkesan dalam tempoh pemulihan COVID-19.

Dalam tempoh 100 hari, MEDAC telah berjaya membantu seramai 220,248 orang usahawan yang terkesan dengan COVID-19 melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM7.172 billion.” kata Noh.

Tambah beliau, MEDAC akan terus membantu usahawan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi bukan hanya melalui pembiayaan tetapi juga melalui peluang perniagaan baharu, digitalisasi, latihan keusahawanan dan juga sesi libat urus yang melibatkan persatuan atau pertubuhan.

“Selaras dengan Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) iaitu Bekerja Bersama Rakyat semoga semua langkah bantuan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yg amat memerlukan.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

EkonomiMY LNAPendapat

Subsidi bersasar: Jangan seperti enau dalam belukar

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Topik atau isu berkaitan subsidi bersasar,...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

EkonomiMY LNAPendapat

MPC adil, namun BNM perlu pergiat usaha penerangan

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Kenaikan kadar dasar semalaman atau OPR...