Home Kenyataan Media Lawatan perjumpaan kepada keluarga penghuni sempena Krismas dibenarkan – Jabatan Penjara
Kenyataan Media

Lawatan perjumpaan kepada keluarga penghuni sempena Krismas dibenarkan – Jabatan Penjara

KAJANG 17 DISEMBER 2021 – Lawatan perjumpaan sempena sambutan Hari Krismas bagi tahun 2021 kepada keluarga penghuni adalah dibenarkan. Menurut Jabatan Penjara melalui satu kenyataan media yang diedarkan semalam, bagi penjara di negeri-negeri yang berada di Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, perjumpaan boleh dilaksanakan melalui dua (2) pilihan iaitu secara e-mel Jabatan (Icewarp) atau video call dan bersemuka untuk pelawat yang LENGKAP DIVAKSIN dalam tempoh lima (5) hari bermula pada 26 hingga 31 Disember 2021.

“Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut iaitu seorang penghuni hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga, lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat temujanji sahaja, pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat.

Masa perjumpaan tidak lebih 30 minit yang juga bergantung kepada situasi institusi penjara berkaitan, hanya 2 orang pelawat sahaja dibenarkan dalam kalangan keluarga yang telah ditetapkan oleh pihak penjara, pelawat warga emas yang berumur lebih 60 tahun, kebenaran yang diberi adalah bersyarat iaitu mesti dalam keadaan sihat dan tidak bergejala.

Pelawat WAJIB mematuhi SOP PPN Fasa 4 yang telah ditetapkan semasa perjumpaan dan kebenaran perjumpaan secara Icewarp atau video call sahaja terpakai kepada penjara di Negeri-negeri yang belum mencapai PPN Fasa 4.” jelas Jabatan Penjara.

Bagi membuat temujanji, terdapat tiga (3) kaedah tempahan iaitu Sistem i-Visit di laman web: www.prison.gov.my, panggilan telefon di institusi berkenaan dan E-mel atau surat ke institusi berkenaan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...