AMPolitik @ My LNA

Timbalan EXCO Kelantan Meninggal Dunia

177

KOTA BHARU 30 April 2021 – Timbalan Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau yang juga ADUN Melor, Dr Md Yusnan Yusoff meninggal dunia di kediamannya di sini, awal pagi tadi.

Md Yusnan yang berasal dari Ketereh dilahirkan pada 1 Julai 1968 dan dipercayai mengalami serangan jantung di kediamannya pagi tadi.

Bekas pembantu Professor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu pernah berkhidmat sebagai Pakar Pendidikan di Education Directorate, Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO), Rabat, Morocco sebelum dilantik sebagai ADUN Melor sejak tahun 2013.

Semenjak dilantik sebagai timbalan Exco pada tahun 2013, arwah sentiasa berusaha menggerakkan secara aktif Jawatankuasa Pengkajian Enakmen Negeri Kelantan dengan memfokuskan kepada usaha menyemak Enakmen-enakmen sedia ada dan mencadangkan beberapa Rang Undang-undang (RUU) untuk dibawa ke Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata beliau mewakili saf kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook rasminya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...