KUALA LUMPUR 30 April 2021 – Penangguhan kenaikan kadar tol di tiga lebuhraya yang diumumkan hari ini adalah melibatkan anggaran pampasan sebanyak RM160.1 juta jelas Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof.
Tiga lebuhraya tersebut adalah Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).
Menurut Fadillah, tiga tol terbabit telah pun mendapat kenaikan kadar tol mulai 1 Januari 2021.
“Penerusan penangguhan kenaikan kadar tol yang telah diberi penangguhan sebelum ini adalah melibatkan 21 lebuh raya dan 1 plaza tol (ditangguhkan semua kelas kenderaan) antaranya Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya KL – Putrajaya (MEX), 1 lebuh raya dan 2 plaza tol (ditangguhkan kenderaan Kelas 1 dan kelas 5 sahaja), 1 lebuh raya dan 3 plaza tol (ditangguhkan kenderaan kelas 5 sahaja) dan 1 lebuh raya (ditangguhkan kenderaan kelas 2,3,4 dan 5 sahaja)”.
“Bagi kos tersebut ianya melibatkan jumlah anggaran pampasan sebanyak RM2.093 bilion” katanya dalam satu kenyataan media.
Susulan penangguhan kenaikan tol untuk tahun ini 2021 bagi kesemua lebuh raya dan plaza tol terlibat, anggaran pampasan yang perlu ditanggung oleh Kerajaan adalah sebanyak RM2.25 bilion.
“Perundingan untuk menstrukturkan semula kadar tol secara bersama dengan syarikat konsesi masih lagi berjalan, dengan Kabinet telah bersetuju untuk ianya dimuktamadkan sebelum tahun 2023” katanya.
- Multilingualism is your superpower
- DPM Heng Swee Keat witnesses the launch of ‘Golden Hearts’ programme by RGE, in partnership with Heartware Network, to foster a strong connection between the people and private sector
- Hong Kong’s largest design festival – deTour 2023; When “Craft”, “Design” and “Tech” meet for “New Know How”
- The Golden Bull Award Honours 20 Outstanding Singaporean Businesses
- HDBank receives Board of the Year award for best corporate governance practice
Leave a comment