AM

Kenaikan Kadar Tol Bagi Tahun 2021 Ditangguhkan – Fadillah

161

KUALA LUMPUR 30 April 2021 – Kerajaan telah bersetuju untuk menangguhkan kenaikan kadar tol tahun 2021, mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2021.

Menteri Kanan Kerja Raya (KKR), Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata penangguhan berkenaan adalah melibatkan tiga lebuhraya iaitu Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuh raya Lembah Kelang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).

“Tiga lebuhraya tersebut sepatutnya mendapat kenaikan kadar tol mulai 1 Januari 2021 namun ditangguhkan dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19” jelas beliau.

Terdapat lebuhraya dan plaza tol yang diteruskan penangguhan kenaikan kadar tol yang telah diberi penangguhan sebelum ini iaitu melibatkan 21 lebuh raya dan 1 plaza tol (ditangguhkan semua kelas kenderaan) antaranya Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya KL – Putrajaya (MEX), 1 lebuh raya dan 2 plaza tol (ditangguhkan kenderaan Kelas 1 dan kelas 5 sahaja), 1 lebuh raya dan 3 plaza tol (ditangguhkan kenderaan kelas 5 sahaja) dan 1 lebuh raya (ditangguhkan kenderaan kelas 2,3,4 dan 5 sahaja).

“Susulan penangguhan berkenaan anggaran pampasan yang perlu ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak RM2.25 bilion dan perundingan untuk menstrukturkan semula kadar tol secara bersama dengan syarikat konsesi masih lagi berjalan”.

“Kabinet juga telah bersetuju supaya ianya dapat dimuktamadkan sebelum 2023” jelas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Anggaran pampasan ini adalah berdasarkan formula pengiraan pampasan yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi dan jumlah sebenar bayaran pampasan tol akan ditentukan selepas proses verifikasi trafik dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...