Home Gaya Hidup Pelancongan MOTAC Akan Bertanding Bagi Keanggotaan Kerusi UNESCO’s IGC Pada Tahun 2022 Bagi Negara Asia Pasifik
PelanconganSeni dan Budaya

MOTAC Akan Bertanding Bagi Keanggotaan Kerusi UNESCO’s IGC Pada Tahun 2022 Bagi Negara Asia Pasifik

29 April 2021 – Kerajaan telah bersetuju supaya Malaysia melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bertanding untuk menganggotai kerusi UNESCO’s Intergovernmental Committee (IGC) for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage di bawah 2003 Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage bagi kumpulan negara Asia Pasifik pada tahun 2022.

Menterinya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata Malaysia telah berjaya menyenaraikan lima Warisan Tidak Ketara (WTK) di bawah konvensyen tersebut iaitu Mak Yong (2005), Dondang Sayang (2018), Silat (2019), Upacara Wangkang (2020) pencalonan bersama negara China dan Pantun (2020) pencalonan bersama negara Indonesia.

“Malaysia wajar merebut peluang menjadi ahli IGC supaya identiti dan visibiliti Malaysia dapat terus diketengahkan di peringkat antarabangsa”.

Jelas beliau, penyenaraian WTK Malaysia akan menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia untuk melihat sendiri warisan budaya yang diiktiraf oleh UNESCO dan seterusnya merancakkan lagi ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan berasaskan warisan kebudayaan.

Selain itu, MOTAC juga akan melancarkan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 dalam masa terdekat yang bakal memacu industri seni dan budaya negara dengan mengambil kira hasrat serta intipati yang terkandung dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1971.

“Matlamat utama DAKEN 2021 adalah untuk membentuk masyarakat berbudaya nilai tinggi melalui pelaksanaan kebudayaan kebangsaan, budaya sukuan, warisan khazanah dan kecemerlangan budaya disamping mengukuhkan perpaduan dan keperibadian serta jati diri rakyat serta pengukuhan identiti nasional” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanta lagi, DAKEN 2021 bakal memacu usaha ke arah merealisasikan visi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan kekayaan budaya oleh rakyatnya serta dapat melestarikan agenda pemeliharaan dan pemuliharaan seni dan warisan negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Gaya HidupMY LNAPelancongan

Kota Fuzhou yang berusia ribuan tahun bersinar dengan kesegaran baharu, warna baharu dan fesyen baharu pada waktu malam

FUZHOU, CHINA 9 Mac 2023 (Bernama) — Baru-baru ini, video promosi mengenai Fuzhou...

AMHighlightsMY LNASeni dan Budaya

Warisan Seni Budaya di Tengah Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 19 Februari 2023 – Lorong Tuanku Abdul Rahman 7 bersebelahan...

AMHighlightsMY LNAPelancongan

MOTAC Rai Ketibaan Pelancong Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

SEPANG, 22 Januari 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meraikan...

AMHighlightsMY LNAPelancongan

Lawatan Rasmi Timbalan Menteri MOTAC ke Kuala Lumpur Command And Control Centre (KlCCC)

18 Januari 2023 – YB Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri...