PUTRAJAYA 29 April 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato’ Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19 hasil daripada ujian saringan yang dibuat pada malam tadi.
Dalam satu kenyataan pada hari ini darupada Pejabat Menteri KKMM mengatakan Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan akan dipantau oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
“Buat masa ini beliau menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu untuk dimasukkan ke hospital”.
“Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Saifuddin akan terus memantau kerja kementerian untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar,” jelas kenyataan tersebut.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau serta memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
Menurut wakil dari pejabat beliau, Saifuddin belum lagi menerima suntikan vaksin COVID-19 di mana beliau telah mengambil keputusan untuk menerima suntikan bersama-sama para pengamal media yang pada ketika ini masih menunggu tarikh dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Saifuddin juga tidak menghadiri mesyuarat kabinet dan juga Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri yang diadakan semalam.
- Empat Masjid Terpilih terima Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH)
- Green Radar and Macro Systems team up to protect enterprise email and offer comprehensive solutions to mitigate localized network attacks
- Infineon and Burapha University establish launchpad for Internet of Things
- Starstreet Precinct Celebrates Sustainable Easter with “Refresh. Easter. Bunny” Art Installation in Collaboration with emmaAparty and Fashion Clinic
- Kickstart Your Month with Kinohimitsu, iShopChangi Singapore’s Brand of the Month — Up to 78% Off Storewide
Leave a comment