BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

KPWKM jelaskan isu video tular libatkan OKU

402

Berhubung dengan video tular iaitu seorang warga emas OKU telah ditamatkan bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjelaskan bahawa penama telah menerima bantuan EPOKU iaitu satu insentif kerajaan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, mampu hidup berdikari dan seterusnya menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Menurut KPWKM dalam satu kenyataan yang diedarkan pada hari ini, insentif tersebut diberikan kepada golongan OKU yang bekerja dengan pendapatan RM1500 dan ke bawah. Namun apabila pendapatan telah meningkat atau penerima tidak lagi bekerja, maka kelayakan ini akan terbatal.

“Penerima telah menerima EPOKU berjumlah RM450.00 bermula pada bulan September tahun 2020 hingga bulan Ogos 2023. JKM telah melakukan penelitian semula pada September 2023 dan mendapati penama tidak lagi bekerja.

Sehubungan dengan itu, EPOKU penama telah ditamatkan JKM, mengambil kira penama menerima Bantuan Sara Hidup Tentera, bantuan bakul makanan MAWIP dan bantuan bulanan Baitulmal yang berjumlah RM950.00 setiap bulan selain isteri penama yang menerima pencen sebagai pesara kerajaan.

JKM menawarkan pelbagai jenis skim bantuan bergantung kepada kategori penerima. EPOKU adalah merupakan antara skim bantuan untuk golongan OKU selain daripada Bantuan OKU Tidak Upaya Bekerja (BTB) dan Bantuan

Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT). Namun, syarat-syarat kelayakan perlu dipatuhi bagi memastikan hanya mereka yang benar- benar layak dan berhak menerima bantuan sahaja akan diberikan insentif ini.” jelas KPWKM.

Tambahnya, sumber kerajaan adalah terhad dan insentif atau bantuan kepada golongan tertentu adalah berdasarkan kelayakan. KPWKM juga mengingatkan masyarakat untuk bertanggungjawab terhadap perkongsian di media sosial kerana kesan penularan berita palsu ini boleh mencetuskan keraguan dan kebimbangan tidak berasas kepada orang awam.

“Kesalahan menyebarkan berita-berita palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.” tegas KPWKM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...