AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAUTAMA

Maritim Malaysia lahirkan 15 Penyelam Penyelamat

484

GEBENG, 5 Oktober – Seramai 15 orang terdiri tiga pegawai dan 12 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menamatkan Kursus Penyelam Penyelamat Siri 1/2023 bertempat di Akademi Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini hari ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid berkata, kursus yang julung kali diadakan ini telah berjaya menarik penyertaan hampir 50 orang peserta dalam kalangan pegawai dan anggota Maritim Malaysia.

Jelasnya kesemua peserta kursus terlebih dahulu perlu melalui beberapa siri tapisan oleh Markas Pasukan Tindakan Khas (PTK) serta saringan kesihatan di Institut Perubatan Bawah Air (IPBAH) Hospital Angkatan Tentera di Kota Kinabalu dan Lumut. Hasil keputusan saringan berkenaan, seramai 22 pelatih telah disahkan sihat tubuh badan dan layak untuk diuji.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Penutup Kursus Penyelam Penyelamat Siri 1/2023 Maritim Malaysia hari ini.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan Komander Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), Komander Maritim Syuzefril bin Mat Noor serta pegawai kanan Maritim Malaysia.

Jelas Aminuddin lagi, setelah melalui fasa seminggu latihan penyesuaian, seramai 16 peserta berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya iaitu kursus Penyelam Penyelamat yang terbahagi kepada tiga fasa iaitu ujian kolam, praktikal pelabuhan di jeti Zon Maritim Kemaman dan praktikal laut menggunakan KM Pekan sebagai platform.
Pelatih juga perlu melepasi ujian diving ability test, praktikal confined space rescue dan deep dive. Walau bagaimanapun seorang peserta terkandas pada ujian kolam menjadikan peserta kursus berkenaan hanya seramai 15 orang.

Terdahulu Aminuddin turut berkata, keunikan kursus ini apabila silibus kursus turut mengaplikasikan teknik Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) di dalam kebuk ruangan sempit yang dikongsi oleh penyelam Japan Coast Guard (JCG). Silibus ini digunapakai hasil kerjasama Maritim Malaysia dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) sejak tahun 2014 dan Malaysia telah menjadi satu-satunya negara di Asia selepas Jepun yang mempunyai kepakaran ini.

Sempena majlis penutup kursus ini, Aminuddin turut menyampaikan Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik kepada Laskar Kelas II Maritim Erwan bin Kornelis @ Amran. Manakala Anugerah Penuntut Akademik Terbaik disandang oleh Leftenan Madya Maritim Muhammad Aizuddin bin Zawawi.

Setelah tamat tempoh kursus ini, kesemua mereka bakal diletakkan di bawah Skuadron Selam Maritim Malaysia kendalian STAR Team dan akan ditempatkan di enam lokasi berbeza iaitu Perak, Johor, Sabah, Sarawak, AMSAS dan STAR Team Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...