14 November 2022 – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sokongan penjawat awam kepada Barisan Nasional (BN) adalah tinggi.
Katanya lagi, sewaktu Pakatan Harapan (PH) memerintah dahulu, PH menggambarkan bahawa bilangan kakitangan kerajaan perlu dikurangkan.
“Mereka juga bercakap soal review gaji, pencen dan sebagainya. Jadi penjawat awam merasakan mereka tiada pembelaan sewatu PH (memerintah) berbanding dengan sewaktu Barisan Nasional.” kata Ismail Sabri ketika sesi sidang media sempena program Sembang Santai Anak Muda Kuala Selangor malam semalam.
Tambah beliau, pengumuman Kerajaan semalam iaitu pembayaran awal gaji dan pencen agar mereka dapat pulang mengundi dengan selesa merupakan komitmen Kerajaan dalam menjaga kepentingan penjawat awam.
“Jadi saya yakin esok (Selasa) pengundi awal akan menyokong Barisan Nasional” katanya.
JOHOR, 9 Jun 2024 – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib...
ByAzmi SallehJune 9, 2024Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...
Byhebahan amMay 8, 2024Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...
ByopinionApril 26, 2024Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...
ByopinionApril 24, 2024
Leave a comment