Home AM PAKS- Komitmen KPLB Lonjak Pembangunan Dan Penglibatan Komuniti Desa
AMKHASLUAR BANDAR

PAKS- Komitmen KPLB Lonjak Pembangunan Dan Penglibatan Komuniti Desa

PUTRAJAYA, 14 November 2022 – 39 buah kampung dari dua kategori iaitu kampung tradisional dan Rumah Panjang serta tiga (3) buah kampung Orang Asli dipilih sebagai pemenang Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera (PAKS) anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun berkata, PAKS yang menawarkan nilai hadiah dan insentif hampir RM1 juta ini dilaksanakan oleh KPLB sebagai pengiktirafan kepada kampung yang berjaya menzahirkan Aspirasi Kampung Sejahtera.

“Aspirasi ini merangkumi sembilan kriteria iaitu infrastruktur lengkap, aktiviti ekonomi berimpak tinggi, modal insan berdaya maju dan tahap kesihatan yang baik, kebersihan dan keceriaan, keagamaan dan kerohanian, keselamatan, kepimpinan dan pentadbiran serta budaya inovasi.”

Katanya, objektif utama pertandingan adalah untuk menggerakkan komuniti kampung ke arah melahirkan masyarakat luar bandar yang proaktif dan berdaya saing menggunakan pendekatan ‘dari bawah ke atas’ atau bottom-up approach.

“Selain itu, pertandingan ini dilihat dapat mewujudkan pengurusan institusi pentadbiran peringkat kampung yang lebih cekap dan berkesan serta meningkatkan kualiti hidup bagi melahirkan masyarakat kampung yang berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan berdisiplin tinggi.

Lima (5) aspek utama yang dinilai dalam pertandingan ini adalah tadbir urus berkesan, inovasi dan aspirasi, ekonomi berdaya saing, modal insan, kesihatan dan persekitaran serta prasana serta kemudahan masyarakat.”
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Setiausaha Tetap KPLB Sabah, Datuk Norlijah Haji Danin, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam Pembangunan Wilayah Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan, Mohd Huzaimy Che Hussin.

Jelas Ramlan, pertandingan ini juga antara usaha berterusan KPLB menuju ke arah wawasan yang dirumuskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu “Luar Bandar yang Sejahtera, Inklusif, Mampan dan Holistik” menjelang tahun 2030.

“Dengan kerjasama strategik kementerian dan agensi berkaitan, kerajaan negeri, badan bukan kerajaan, syarikat korporat dan pihak berkepentingan lain, kampung yang dinobatkan sebagai pemenang diharapkan dapat menjadi mentor kepada kampung yang lain selain menjadi pemangkin semangat untuk sama-sama bergerak aktif dalam pembangunan sosio-ekonomi luar bandar.”

Setiap kampung pemenang akan menerima hadiah wang tunai mengikut kategori masing-masing yang boleh digunakan bagi pembangunan sosio-ekonomi kampung.

Johan PAKS akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, manakala Naib Johan menerima RM 20,000 dan RM10,000 bagi kampung yang meraih tempat ketiga.

Kategori Khas Aspirasi turut dipertandingkan dalam pertandingan ini bagi mengiktiraf kampung yang berjaya menzahirkan aspirasi kampung sejahtera terbaik selari dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar ke arah melahirkan masyarakat luar bandar yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran.

Johan bagi kategori ini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, Naib Johan RM3,000 manakala tempat ketiga RM2,000.

Selain itu, pertandingan ini turut memberi pengiktirafan kepada Penggerak Terbaik dalam kalangan pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah di atas komitmen yang ditunjukkan dalam membimbing kampung.

Seramai 14 pemenang bagi kategori ini menerima hadiah wang tunai berjumlah RM500 setiap seorang.

Secara keseluruhan, sebanyak 121 buah kampung termasuk 14 buah kampung Orang Asli menyertai pertandingan ini dengan RM1,000 diberikan sebagai insentif penyertaan kepada setiap kampung yang bertanding.

Untuk rekod, berdasarkan data sumber PlanMalaysia dan KPLB, ketika ini Malaysia mempunyai 28,303 kampung meliputi 19,447 kampung di Semenanjung Malaysia, 5,976 kampung di Sarawak, 2,853 kampung di Sabah dan 27 kampung di Labuan.

Daripada jumlah ini, 15,434 kampung adalah di bawah tadbir urus institusi pentadbiran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Berita Luar Bandar :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMJENAYAHMY LNA

OP Soga IX benteras aktiviti perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022

KUALA LUMPUR, 29 November 2022 – Bagi mengekang aktiviti perjudian dan pertaruhan...

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat sedikit

29 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMMY LNA

Penjawat awam diminta bekerjasama dengan kerajaan bagi kembalikan kegemilangan negara

PUTRAJAYA, 29 November 2022 – Penjawat awam diminta bekerja sama dengan kepimpinan...

AMMY LNAPolitik

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal...