PRU15

DAP Pulau Pinang batalkan program subsidi pengangkutan pelajar pulang mengundi

232

8 November 2022 – DAP Pulau Pinang memaklumkan bahawa program subsidi bagi membantu pelajar pulang mengundi dalam PRU-15 nanti yang diumumkan semalam telah dibatalkan.

Katanya dalam satu sidang media hari ini, pasukan undang-undang mereka bimbang program tersebut boleh disalah anggap sebagai kesalahan pilihan raya.

“Berkenaan dengan pengumuman yang dibuat semalam tentang “JOM BALIK UNDI PRU15 SELAMATKAN MALAYSIA”, di mana DAP Pulau Pinang akan memberikan subsidi pengangkutan untuk pelajar pulang ke kampung halaman mereka untuk mengundi semasa pilihan raya umum akan datang.

Kami ingin menyatakan bahawa pasukan undang-undang kami bimbang bahawa subsidi untuk membantu pelajar ini mungkin boleh disalah anggap sebagai kesalahan pilihan raya.

Justeru, kami ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa program subsidi ini telah dibatalkan.” kata DAP Pulau Pinang.

Tambahnya, walaupun mereka mahu menyokong dan menggalakkan pengundi muda pulang ke kampung halaman untuk melaksanakan hak mereka sebagai pengundi, mereka tidak mahu inisiatif tersebut disalah anggap sebagai sogokan.

Artikel Berkaitan :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMPRU15

PRU15 : Dato’ Jo di Titiwangsa

KUALA LUMPUR, 19 November 2022 – 8.40am calon BN bagi Parlimen P119...

PRU15

Jangan Buat Pilihan Bersandarkan Slogan Yang Dicanang Parti Politik Semata-Mata

PENDANG, 18 November 2022- Pengundi diingatkan agat tidak membuat pilihan hanya bersandarkan...

Luar Bandar @ My LNAPRU15

Pelaburan Tertinggi di Pahang Hadiah Saya Untuk Pengundi Lipis – Abdul Rahman

LIPIS, 18 November 2022 – Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya parti yang...

AMLuar Bandar @ My LNAPRU15

Isu Tanah Pertanian Terbiar Di Luar Bandar Akan Diberi Perhatian

PENDANG, 18 November 2022 – Isu tanah pertanian terbiar dalam kawasan komuniti...