AMEkonomi @ My LNALuar Bandar @ My LNAPengguna @ My LNA

Program Pendayaupayaan Pengguna rancakkan ekonomi setempat

263

SONG, 8 November 2022 – Program Pendayaupayaan Pengguna merupakan salah satu inisiatif dalam menyahut misi Kerajaan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan pengguna mendapat pendidikan kepenggunaan yang sewajarnya. Ia diadakan melalui Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI), Food Bank, Sara Hidup, eVoucher PJM dan Program Usahawan Muda (PUM) dan telah disempurnakan oleh Menteri KPDNHEP Dato Sri Alexander Nanta Linggi, di Song dan Kapit pada 8 dan 9 November 2022.

“Program ini adalah platform yang mampu memberi pendedahan dan advokasi secara lebih inklusif meliputi pelbagai pengguna. Dalam konteks ini, KPDNHEP telah menggerakkan susun kerja dalam memastikan agenda kepenggunaan menjadi salah satu objektif utama dalam menyantuni keperluan rakyat terutamanya di luar bandar.

Pelbagai pengisian kepengunaan yang dijalankan antaranya pengagihan 600 kotak sumbangan Food Bank, pengenalan Program Usahawan Muda (PUM) daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sara Hidup, eVoucher PJM dan lain-lain yang berkaitan. Selain itu, Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan atau Retails Digitalisation Inisiative (ReDI) turut diadakan dalam memastikan peniaga kecil di luar bandar ini tidak terus ketinggalan di dalam arus perdana dan bersama-sama dalam melibatkan diri menerusi model baharu perniagaan secara digital. Inisiatif ini bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan kepada wang tunai, malah memberi pelbagai manfaat kepada pengguna dan peniaga dalam tiga (3) aspek iaitu Mudah, Cepat dan Selamat.” kata Alexander dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, sehingga 31 Oktober 2022, sebanyak 314 peniaga di Kapit dan 5,596 peniaga di seluruh negara telah berjaya didaftarkan di bawah program ReDI secara kolaborasi strategik bersama Majlis Daerah Kapit, Bank Negara Malaysia dan rakan strategik ewallet terpilih.

“Bagi menyokong pelaksanaan ReDI ini juga, Kementerian telah bersetuju menyalurkan peruntukan berjumlah RM18,000 kepada 600 pengguna dan 200 peniaga bagi melaksanakan program insentif baru secara tanpa tunai ini.” ujar Alexander.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...