19 Julai 2022 – Menerusi penganjuran program khusus Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) komited melahirkan bakat baharu bola sepak negara.
Menurut KBS dalam satu kenyataan media hari ini, liga tersebut akan dijalankan secara berstruktur merangkumi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Sebanyak 2,940 pasukan dijangka menyertai Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League) menerusi kategori B-16 (lelaki dan wanita) dan B-12 (lelaki sahaja).
“Setiap daerah akan menampilkan 8 pasukan bagi setiap kategori yang dipertandingkan menggunakan format liga 2 kumpulan secara “round robbin”. Pemilihan 8 pasukan terbaik ini adalah berdasarkan ranking daripada Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di mana juara setiap peringkat akan meneruskan cabaran sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Sebanyak RM1,046,600.00 jumlah hadiah keseluruhan ditawarkan di mana juara peringkat kebangsaan akan membawa pulang RM5,000.00. Liga dijadualkan bermula di peringkat daerah bermula Ogos dan dijangka berakhir di peringkat kebangsaan pada November 2022.” kata KBS.
Majlis Pelancaran Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League) telah dirasmikan secara bersama oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin dan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu di Stadium Mini Taman Pancarona hari ini.
- Prince Holding Group and CanCham Explore Synergies for Future Partnerships in Cambodia
- Skyborn Renewables appoints Stine Würtz Jepsen as CHRO
- Get Ready for the Summer’s Hottest Sale With iShopChangi
- Alibaba Cloud Debuts Its Sustainability Solution at i Light Singapore 2023
- Happy Rainy Days Announces Launch of the Perfectly Functional Umbrella
Leave a comment