COVID-19 Kesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu menurun sedikit

19 Julai 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web COVIDNOW, jumlah kes baharu COVID-19  setakat 18 Julai 2022, 11:59 pm menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 3,079 kes tempatan dan 1 kes import.

Manakala jumlah kes sembuh setakat 18 Julai 2022, 11:59 pm adalah sebanyak 3,399 kes.

Dalam pada itu setakat 18 Julai 2022, 11:59 pm seramai 16,165,730 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama.