Jenayah

Klip video kelab komedi tular : Seorang warga lelaki tempatan ditahan

69

14 Julai 2022 – Setiausaha Polis Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan bahawa Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan mengenai penularan dua (2) klip video di sebuah kelab komedi, yang menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada 15 Jjulai 2022 (Jumaat) bagi melengkapkan proses siasatan.

Kertas siasatan polis akan dirujuk kepada pejabat peguam negara untuk arahan selanjutnya setelah siasatan dari segala sudut selesai dijalankan.” kata Noorsiah.

Tambahnya siasatan masih dijalankan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Majikan kantoi bersubahat palsukan dokumen, guna syarikat “Atas Angin” serta menggajikan PATI secara haram

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNAUTAMA

KPDN tumpaskan sindiket seleweng diesel di Dengkil, Selangor.

SEPANG, 11 Mac 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM serbu 17 premis hiburan di Kuantan

9 Mac 2024 – Sebanyak 17 premis hiburan di Kuatan telah diserbu...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Sindiket ‘Ali Rohingya’ Tumpas

Jabatan Imgresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu lagi Sindiket Penyeludupan PATI...