AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Majikan kantoi bersubahat palsukan dokumen, guna syarikat “Atas Angin” serta menggajikan PATI secara haram

164

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL) telah berjaya menumpaskan cubaan beberapa pihak majikan tidak bertanggungjawab yang dipercayai dengan munasabah telah memalsukan dokumen, menggunakan pendaftaran serta alamat syarikat yang tidak wujud bagi permohonan Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) serta menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kegiatan yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman warga tempatan berjaya ditumpaskan dengan hasil risikan selama 30 hari, naziran ke pejabat pengeluar dokumen dari 6 buah negeri serta bertindak atas aduan orang awam yang bertanggungjawab bersama mempertahankan keamanan negara.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PgK Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff dalam satu kenyataan, pasukan operasi telah digerakkan melalui empat (04) ‘OPS SAPU’ daripada Bahagian Penguatkuasaan JIM WPKL yang terdiri daripada pegawai pelbagai pangkat menggempur premis-premis syarikat yang terletak di sekitar Kuala Lumpur dan terdapat juga majikan yang dipanggil ke Bahagian Penguatkuasaan, JIM WPKL di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta bagi memberi keterangan lanjut.

“Hasil operasi dan siasatan awal mendapati empat (04) orang warga tempatan terdiri daripada seorang (01) wanita dan tiga (03) lelaki yang dipercayai pemilik syarikat telah memalsukan beberapa dokumen permohonan dan mengemukakan alamat syarikat yang mengelirukan serta sengaja didaftarkan bagi mengaburi pandangan pihak berkuasa dan juga lain-lain dokumen syarikat yang dipercayai turut dipalsukan. Tindakan tersebut adalah bertujuan mendapatkan kelulusan permohonan ratusan kuota untuk pekerja warga asing yang memohon melalui syarikat mereka dalam Program RTK 2.0.

Keempat-empat sabjek telah ditahan bagi membantu siasatan kes kerana dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(k), Akta Imigresen 1959/63 iaitu cubaan memperolehi untuk diri orang lain (pekerja warga asing) suatu Pas dengan memberi kenyataan palsu. Sekiranya didapati bersalah boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM30,000 dan penjara tidak kurang 5 tahun tetapi tidak melebihi 10 tahun dan hendaklah juga dihukum sebat tidak lebih daripada 6 sebatan.” kata Wan Mohammed Saupee.

Sementara itu pada hari yang sama, dalam operasi berasingan ke atas sebuah sekolah sukan ternama di Bukit Jalil, pasukan penguatkuasa JIM WPKL telah mengeluarkan 2 saman kepada wakil sekolah sukan berkenaan untuk diambil keterangan lanjut berikutan tangkapan PATI seramai 15 orang melibatkan lima (05) lelaki dewasa dan sepuluh (10) wanita warga Indonesia yang didapati digaji secara haram sebagai pekerja perkhidmatan pembersihan di premis berkenaan.

“Kesemua 15 sabjek ditahan di Depot Imigresen Bukit Jalil (DIBJ) bagi tujuan siasatan lanjut kerana dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) iaitu tidak mempunyai Pas atau Permit yang sah untuk tinggal di Malaysia serta Seksyen 15(1)(c), akta yang sama iaitu tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan. Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan.

Oleh itu, JIM WPKL menyeru kepada semua majikan yang berurusan dalam mana-mana permohonan perlulah bertanggungjawab bagi memastikan semua dokumen yang dikemukakan semasa permohonan adalah tulen dan diperolehi daripada agensi pengeluar dokumen dan bukan melalui agen atau pihak ketiga. Pemilik atau operator premis dan lebih-lebih lagi majikan juga diingatkan dengan tegas bahawa melindungi PATI dengan membenarkan mereka berada di dalam premis juga adalah suatu kesalahan apatah lagi menggajikan PATI. Pihak JIM WPKL juga tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak dalam menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara dipelihara serta memastikan bandar Kuala Lumpur tidak lagi menjadi tempat yang kondusif bagi pendatang asing tanpa izin (PATI) serta mana-mana pihak yang cuba melindungi dan lebih-lebih lagi menggajikan PATI.” kata Wan Mohammed Saupee.

Semua majikan yang telah mendaftarkan PATI untuk program RTK 2.0 diminta segera hadir ke pejabat RTK 2.0, JIM WPKL untuk menyelesaikan proses verifikasi bagi membolehkan urusan pengeluaran permit kerja sementara disempurnakan tanpa menunggu sehingga saat akhir dan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...