AMBM @ MY LNACSR @ BM My LNAUTAMA

OCBC Bank sempurnakan kerja naik taraf RM39,520 kepada PIBG SK Binyu Padawan, Kota Samarahan

152

KOTA SAMARAHAN, 16 Mac 2024 – Seramai 86 pelajar dan 11 guru sekolah luar bandar SK Binyu Padawan di Kota Samarahan kini mempunyai persekitaran lebih selesa untuk belajar dan melakukan aktiviti berkat sumbangan RM39,520 daripada OCBC Bank (Malaysia) Berhad (0CBC Bank) menerusi cawangan Kuching, yang membolehkan kerja-kerja naik taraf dewan sekolah dilaksanakan.

Pada tahun lepas, sekolah yang dibina pada 1967, ini telah memohon bantuan kewangan daripada OCBC Bank untuk menaik taraf dewan utamanya untuk mewujudkan persekitaran yang lebih mesra dan sesuai untuk melakukan aktiviti perkembangan pelajar.

Dengan bantuan OCBC Bank, dewan utama, yang digunakan untuk perhimpunan dan aktiviti sukan, menjalani kerja pengubahsuaian selama 2 bulan, dan kini mempunyai jubin lantai dan bumbung logam yang sempurna, dan sudah tentu jauh lebih selamat bagi pelajar dan guru.

Menurut Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG,) Encik Abdul Shukur Bin Mohd Jusa, dewan sekolah kini mempunyai ruang secukupnya untuk menempatkan pelajar-pelajar semasa menjalankan aktiviti sekolah dan perhimpunan pagi.

“Kami gembira untuk melihat dewan baharu kami. Kami bersyukur dengan keprihatinan dan kemurahan hati OCBC Bank dan juga Rotary Club of Kuching yang tampil untuk membantu. Kerja naik taraf dewan sekolah dilakukan dengan pantas oleh Wan Hui Construction Company. Kami pasti penambahbaikan ini akan membawa manfaat untuk jangka yang panjang untuk memastikan perkembangan berterusan pelajar-pelajar kami,” katanya.

Semasa bercakap bagi pihak OCBC Bank, Pengurus Kanan cawangan Kuching, Cik Jessie Lim berkata OCBC Bank berusaha untuk melibatkan diri dengan masyarakat setempat, bukan sahaja menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan yang unggul tetapi juga memenuhi keperluan sosial insan.

“Persekitaran pembelajaran yang selesa dan lengkap penting kepada kejayaan akademik pelajar. Kami berharap kerja naik taraf ini akan menyediakan persekitaran yang lebih mesra pembelajaran. Kami terhutang budi kepada Kelab Rotary Kuching kerana memanjangkan permohonan daripada sekolah kepada kami. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja saya yang telah mencurah masa dan tenaga untuk menganjurkan sesi celik kewangan bagi pelajar-pelajar supaya mereka boleh memahami pengurusan kekayaan sejak dari kecil lagi,” katanya.

Beliau menambah sebagai bank yang telah lebih 90 tahun menggalakkan insan dan komuniti untuk mencapai aspirasi masing-masing, OCBC Bank akan terus membantu penduduk setempat, PKS dan perniagaan membina masa depan yang lebih lestari.

Sebelum itu, kakitangan OCBC Kuching telah mengumpulkan sumbangan berjumlah RM2,000 dalam kalangan mereka untuk membekalkan alat tulis kepada 86 pelajar. Mereka juga mengagihkan beg sekolah kepada empat puluh dua pelajar yang berada di bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), iaitu program bantuan makanan kepada pelajar sekolah rendah luar bandar daripada keluarga berpendapatan rendah supaya mereka boleh menikmati makanan semasa waktu rehat setiap hari.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...