Kenyataan Media

Harga dan Bekalan Minyak Masak Distabilkan, Pelajar IPT Dapat Menu Kadar Berpatutan

104

14 Julai 2022 – Kerajaan telah mengadakan libat urus dengan pemain utama industri minyak masak kelapa sawit dengan mengadakan perjumpaan  pada 11 Julai 2022 lalu dalam usaha menangani kekurangan bekalan dan kenaikan harga yang mendadak. Perjumpaan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dengan lebih dari 20 syarikat yang mewakili 21 syarikat pengilang dan pembekal, dan 215 syarikat pembungkus minyak masak kelapa sawit bersama dengan agensi kerajaan yang berkaitan termasuk Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Kelapa Sawit Malaysia (MPOC).

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, hasil perjumpaan, beberapa isu utama telah disepakati dan beberapa langkah segera akan diambil untuk mencegah ketirisan serta menurunkan harga minyak masak kelapa sawit di dalam botol. dalam masa terdekat ini.

Menurutnya lagi, Penguatkuasaan  KPDNHEP dan agensi-agensi terlibat bagi tempoh  1 Jun sehingga 13 Julai 2022, sebanyak 111,221 pemeriksaaan telah dijalankan di seluruh negara. Kes terkini ialah tangkapan yang dibuat di Sungai Kolapis, Beluran Sabah di mana KPDNHEP Sabah yang dibantu oleh anggota Batalion 20 PGA telah merampas sejumlah 9,690 kg minyak masak dan 5,000 liter diesel berjumlah RM1.904 juta dari sebuah kapal yang cuba diseludup ke negara asing.

Manakala bagi menangani isu harga makanan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) , Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi telah memastikan semua universiti awam menyediakan menu Keluarga Malaysia pada harga berpatutan bagi membantu mengurangkan perbelanjaan penuntut IPT.

“Inisiatif ini telah bermula pada 8 Julai lepas dengan Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia dapat membeli makanan siap masak pada harga serendah RM3.50 sepinggan. UPM juga telah mengambil inisitaif lain seperti Bantuan Tabung UPM Prihatin, Tabung Amanah Zakat UPM, Menu Kasih Pelajar Keluarga Malaysia dan sehotline BHEP 24 jam.

Inisiatif serupa juga sedang diperluaskan di Universiti Malaya, UiTM, UPSI dan UiTM. Pasukan Khas menjangkakan semua IPTA akan mengambil iktibar pada masa terdekat daripada universiti yang sudahpun memperkenalkan set makanan RM3.50 ini untuk turut bersama memperkenalkan menu bernutrisi pada kadar yang serupa,” ujar Annuar.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...