Alam Sekitar @ MY LNAAM

Bukit Bendera tapak rizab biosfera Malaysia yang ketiga

101

11 Jun 2022 – Pencalonan Bukit Bendera, Pulau Pinang sebagai tapak rizab biosfera Malaysia yang ketiga negara telah diluluskan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization – UNESCO) pada 15 September tahun lepas.

Bukit Bendera yang mempunyai keluasan 12,481 hektar merupakan salah satu tapak di antara 727 tapak rizab biosfera di dalam The World Network of Biosphere Reserves.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) berkata pengiktirafan rizab biosfera Bukit Bendera itu mencerminkan komitmen negara amnya dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya dalam mewujudkan keseimbangan antara penjagaan khazanah alam semula jadi dengan aktiviti pembangunan melalui pendekatan pembangunan mampan di samping dapat meningkatkan profil tapak tersebut sebagai kawasan berkepentingan antarabangsa dan pusat kecemerlangan pembelajaran.

“Hari ini, majlis penyerahan Sijil Pengiktirafan Bukit Bendera, Pulau Pinang sebagai tapak rizab biosfera di bawah Program Man and the Biosphere (MAB), UNESCO telah diadakan di Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Penyertaan Malaysia dalam program MAB bermula pada tahun 2009 melalui pengiktirafan Tasik Chini, Pahang sebagai tapak rizab biosfera pertama di Malaysia dengan keluasan 6,922.97 hektar pada 26 Mei 2009. Banjaran Crocker di Sabah pula telah diiktirafkan sebagai tapak rizab biosfera yang kedua di Malaysia pada 12 Jun 2014 merangkumi keluasan 350,584 hektar.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) berharap dengan pengisytiharan Bukit Bendera, Pulau Pinang sebagai tapak rizab biosfera di bawah program MAB, UNESCO ini sebagai galakan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri untuk mencalonkan kawasan berpotensi sebagai tapak berkepentingan biodiversiti antarabangsa.” katanya.

Tambah KeTSA, Program MAB telah dilancarkan pada tahun 1971 oleh UNESCO. Katanya, MAB merupakan program saintifik antara Kerajaan yang bertujuan menubuhkan asas saintifik untuk mewujudkan keseimbangan antara aktiviti manusia dengan kelestarian alam sekitar.

“Ia menggabungkan elemen alam semula jadi, sains sosial, ekonomi dan pendidikan dalam usaha meningkatkan taraf hidup manusia dan melindungi ekosistem semulajadi. Program MAB menggalakkan pembangunan ekonomi secara inovatif yang tidak bercanggah dengan sosio-budaya dan pada masa yang sama, alam sekitar diuruskan secara mampan.

Rizab biosfera adalah tapak yang ditubuhkan oleh sesebuah negara dan diiktiraf di bawah Program MAB untuk mempromosikan pembangunan mampan hasil daripada usaha penduduk tempatan dan penyelidikan saintifik. Rizab biosfera yang ditubuhkan mempunyai fungsi untuk tujuan pemuliharaan, pembangunan dan sokongan logistik seperti mana yang ditetapkan di bawah Statutory Framework of the World Network of Biosphere Reserves. Setakat ini, terdapat sebanyak 727 tapak rizab biosfera di dalam jaringan rizab biosfera dunia (World Network of Biosphere Reserves – WNBR) yang merangkumi 131 buah negara.” ujar KeTSA.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...