AM

Menteri KeTSA jawab isu “Ball Clay”

99

27 Mei 2022 – Berhubung dengan laporan berita bertajuk “Ball clay export boom but shipment failed” pada 9 Mei 2022, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah membuat semakan lanjut bersama Jabatan Mineral dan Geosains bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

“Hasil semakan mendapati tempoh 11 bulan yang dinyatakan di dalam laporan media tersebut adalah meliputi pelbagai proses dan kelulusan yang melibatkan pelbagai agensi di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Ia bukanlah merujuk kepada proses pengeluaran Lesen Eksport (AP) oleh KeTSA seperti didakwa. Rekod juga mendapati pihak yang mengemukakan laporan tersebut tidak memohon AP pada tahun 2021. Selain itu, jumlah stokpil lempung bebola yang disimpan di Pelabuhan Pulau Pinang pula adalah sebanyak 6,000 tan metrik dan bukan 110,000 tan metrik seperti mana dilaporkan.” kata Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, beliau menasihatkan agar pihak-pihak yang mempunyai sebarang masalah mengenai permohonan AP bagi mineral dan bahan batuan agar berurusan terus dengan KeTSA atau Jabatan Mineral dan Geosains Negeri untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan bantuan segera.

Pada 9 Mei 2022, TheStar telah menyiarkan berita bertajuk “Ball clay export boom but shipment failed” yang melaporkan terdapat lebih kurang 110,000 tan lempung bebola (ball clay) dengan nilai eksport berjumlah RM10 juta tidak dapat dieksport berikutan kelewatan mendapatkan kelulusan Permit Eksport (AP) dan peningkatan kos penghantaran akibat konflik Rusia – Ukraine.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...