31 Mei 2022 – Timbalan Menteri Kesihatan I, Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali telah melancarkan Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2022 yang bertemakan “Tembakau: Ancaman Kepada Alam Sekitar dan Generasi Masa Hadapan”.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia dengan kerjasama Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia.
“Pihak penganjur juga telah mengadakan pertandingan melukis poster dan mencipta video bagi peringkat kebangsaan.
Pertandingan ini bertemakan “Ke arah Generasi Tanpa Merokok” dan dibuka kepada semua murid sekolah rendah, sekolah menengah dan juga kategori umum. Bagi pertandingan melukis, sebanyak 9,597 penyertaan telah diterima manakala bagi pertandingan mencipta video, tempoh pertandingan telah dilanjutkan sehingga 30 November 2022.
Program hari ini juga adalah salah satu aktiviti advokasi yang dijalankan oleh badan profesional dan badan bukan kerajaan dalam usaha menyokong cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan peruntukan Generasi Penamat atau Generational End Game (GEG) dalam deraf akta baharu bagi kawalan tembakau dan merokok.” katanya.
Tambah beliau, di bawah peruntukan GEG ini, individu yang lahir pada 1 Januari 2005 dan seterusnya adalah dilarang merokok, membeli atau memiliki sebarang bentuk produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape.
“Selain itu, tiada orang dibenarkan menjual produk-produk merokok kepada golongan GEG ini.
Sebelum ini, pada 25 April 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Program GEGAR-18 bertujuan memperkenalkan pelan perancangan selama lima (5) tahun. Pelan ini mengariskan semua aktiviti promosi, pencegahan dan intervensi berhenti merokok kepada golongan GEG bermula dari alam persekolahan sehingga memasuki institusi pengajian tinggi atau alam pekerjaan.
Objektif utama Pelan GEGAR-18 adalah untuk melindungi golongan GEG agar tidak memulakan amalan merokok; memastikan golongan GEG kekal bermotivasi untuk bebas daripada perbuatan merokok; membantu golongan GEG yang telah merokok untuk mendapatkan rawatan berhenti merokok; dan melindungi golongan GEG daripada ancaman dan tarikan produk merokok.” kata Dr. Haji Noor Azmi.
Tambahnya, majlis yang dijalankan tersebut adalah sangat baik dan dialu-alukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh Persatuan Perubatan Malaysia dan badan bukan kerajaan yang lain sangatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.” ujarnya.
- A Legacy Across Lingnan: Jao Tsung-I in the Greater Bay Area Student Competition Award Ceremony
- SDLG Shines at bauma CHINA 2024 While 2025 SDLG Global Dealer Summit Held Grandly
- Visa Partners with Base.vn for SaaS Day 2024 to Empower Vietnamese SMEs
- Expereo Reveals the Top Trends Transforming Asia Pacific Connectivity in 2025
- Looking beyond Gen Z’s resume
Leave a comment