Gaya Hidup @ My LNA

ALAMI YANG TERBAIK DI THAILAND MENERUSI
“THINK THAILAND” FESTIVAL

89

KUALA LUMPUR 27 Mei 2022 – Turuti kemahuan diri dengan pelbagai budaya, makanan dan banyak lagi ciri Thai diFestival “THINK THAILAND” ini. Dianjurkan oleh Kedutaan Diraja Thailand, dengan kerjasama Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan (DITP), dan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, festival itu akan menjadi acara Thai yang terbesar, paling luar biasa dan penuh bermakna yang pernah dianjurkan di Malaysia, yang mana bertujuan untuk menyokong kedua-dua pengeksport Thailand dan pengimport Malaysia dalam meningkatkan jualan produk Thai di Malaysia, di samping menandakan kesediaan kami untuk mengalu-alukan kembali rakyat Malaysia sekali lagi ke Thailand.

Festival Thai selama 12 hari ini akan berlangsung di Tropicana Gardens Mall, dengan promosi dalam-kedai di cawangan Aeon, Segi Fresh dan NSK di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor bermula 26 Mei hingga 6 Jun, 2022. Banyak produk tulen, baru dilancarkan dan berharga istimewa akan ditawarkan pada acara ini.

Menurut Menteri Kaunselor dan Pengarah DITP, Encik Worawan Wanwil: “Lebih 30 pengeksport Thailand telah meluangkan masa untuk berada di Malaysia bagi menjayakan festival ini. Mereka diterbangkan khas untuk mempamerkan produk Thai masing-masing. Selain itu, acara ini akan disertai restoren pemegang  anugerah Thai SELECT iaitu Thai-in Mookata, serta dari Malaysia seperti Mrs Jones’ Parlour, Kwong Cheung Loong Kopitiam Bar, Hallaway, selain daripada urutan luarbiasa dari Thai Odyssey, dan banyaklagi. Padanan perniagaan dalam dan luar talian telah diatur dengan lebih daripada 50 pengeksport  Thai yang berkelayakan.  Kami kini telah mengesahkan padanan dan sebanyak 63 ganjangkaan nilai dagangan RM30  juta dalam tahun ini.

Kami telah bekerjasama dengan Shopee untuk menyenaraikan lebih daripada 300 penjual Thai dalam platform E-dagang mereka supaya pembeli Malaysia boleh membeli terus dari Thailand dan pesanan mereka dihantar kehadapan pintu mereka.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami melihat terdapat peningkatan permintaan dalam produk Halal Thai yang berkualiti daripada pengguna Malaysia, oleh itu kami telah menyediakan acara khas iaitu Pameran Halal Antarabangsa Thailand (TIHAS) pada festival ini. TIHAS ialah acara sampingan mini THAIFEX 2022 yang sedang berlangsung di Bangkok dari 24-28 Mei. Kemuncak TIHAS ialah pengimport Makanan Malaysia yang melawat pameran ini layak menjadi tetamu istimewa DITP untu kmelawat THAIFEX 2023.

Dengan persediaan dan pelbagai aktiviti ini, kami yakin dapat menjana jualan lebih RM6 juta sepanjang festival.

“THINK THAILAND mengalu-alukan kehadiran anda semua untuk merasai produk, barangan dan makanan istimewa Thai ini dan banyak banyak lagi barisan barangan apabila anda melawat kami! Selain daripada rancangan yang disebutkan, kami turut menyediakan lebih banyak keseronokan untuk semua orang setiap hari sepanjang tempoh festival. Jika anda masih tidak dapat melawat Thailand pada masa ini, tidak mengapa, kerana kami membawa Thailand kepada anda! Persiapkan diri anda untuk berseronok bersama kami di THINK THAILAND dan kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan anda dengan senyuman Thai dan hati yang teruja.”

Sepanjang festival ini, bagi setiap pembelian RM50 produk Thai di cawangan yang ditetapkan, pengguna layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah yang sangat menarik, termasuk 2 tiket penerbangan AirAsia pergi balik, 2 penginapan Hotel di Thailand, 1 telefon pintar Oppo, 20 baucar Thai SELECT, 20 baucar Thai Odyssey, 5 bagasi untuk perjalanan, 10 Hamper bernilai RM300 setiap satu serta 30 Hamper bernilai RM100 setiap satu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Larian donat kikis imej buruk pemanis mulut

Rakyat Malaysia merupakan antara yang tergemuk di dunia, menurut perangkaan yang terkini....

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNANiaga @ My LNAUTAMA

Gen Z Percaya Pendapat Pengguna dan Pakar di Shopee

KUALA LUMPUR, 15 April 2024 – Hasil tinjauan ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAUTAMA

Kajian ‘Masa Hadapan Membeli-belah’ Shopee Dedah Tabiat Beli-Belah Gen Z

KUALA LUMPUR, 4 April 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...