Pendidikan @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Malaysia Techlympics 2022 tawar hadiah bernilai sehingga RM500,000

131

13 Mei 2022 – Program Malaysia Techlympics 2022 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini bermula dengan hadiah bernilai sehingga RM500,000 berpeluang untuk dimenangi. Sehingga kini, seramai 40,000 rakyat Malaysia yang berusia di antara 7 hingga 30 tahun telah mendaftar untuk menyertai pelbagai jenis pertandingan dan sesi perkongsian sains, teknologi dan inovasi (STI) yang akan diadakan sepanjang Malaysia Techlympics 2022 berlangsung. Ia merupakan salah satu inisiatif terbesar MOSTI untuk membudayakan minat di kalangan pelajar dan belia dalam bidang STI. Ia turut menerima sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini mensasarkan 1 juta pendaftaran peserta dan 2,000 idea STI yang berpotensi untuk dikomersialkan.

“Malaysia Techlympics 2022 dirangka supaya bersifat inklusif agar lebih ramai golongan sasar mendapat peluang untuk turut terlibat menghasilkan produk inovasi menggunakan pendekatan tidak formal.

Melalui program ini, MOSTI ingin menyediakan peluang untuk bakat sedia ada dalam menangani cabaran serta mencipta idea inovasi sejajar dengan matlamat ke arah Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi dan berteknologi tinggi menjelang tahun 2030. Sehubungan itu, pihak Kementerian telah menyusun pelbagai sesi menarik bagi menyemarakkan lagi minat kanak-kanak, golongan remaja dan belia terhadap bidang STI dengan lebih meluas.

Beberapa inisiatif dirangka khusus bagi golongan guru agar dapat memperluaskan penyebaran maklumat mengenai Malaysia Techlympics 2022. Inisiatif ini menyasarkan penyertaan seramai 10,000 orang guru sepanjang bulan Mei ini. Para guru akan diberi kredit Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) bagi penyertaan dalam Malaysia Techlympics 2022.

Sehingga kini, sebanyak 50 siri jerayawara telah diadakan di seluruh negara bagi memastikan projek amali, sesi forum pendek dan modul lanjutan berasaskan projek dapat disampaikan secara langsung kepada kumpulan komuniti B40, kawasan pedalaman termasuk orang asli dan golongan kurang upaya. Kementerian berhasrat untuk memperluaskan program jangkauan ini ke seluruh negara agar dapat menarik lebih ramai penyertaan dalam program ini sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan minat, kreativiti dan kemahiran inovasi serta mengenal pasti potensi STI yang boleh diserlahkan,” kata Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Zainal Abidin Bin Abu Hassan.

Dalam pada itu MOSTI berkata sebanyak 25 pertandingan berdasarkan lima (5) tema telah dirancang bermula April hingga November 2022. Para pesaing akan menjalani pusingan kelayakan di peringkat sekolah, daerah, zon, negeri dan seterusnya ke pertandingan akhir di peringkat kebangsaan pada bulan November nanti.

“Para pelajar dan belia akan didedahkan kepada pembelajaran berasaskan inkuiri dan berasaskan projek dalam bidang Sains, Kejuruteraan, Pengkomputeran dan Mikro-Komputer, Internet Kebendaan (IoT), Robotik, Dron, Matematik, Reka Bentuk Kreatif dan Animasi serta Percetakan dan Pembangunan Tiga Dimensi (3D). Kebanyakan sesi diajar oleh golongan profesional, pengamal dan ahli akademik kerana Malaysia Techlympics 2022 memupuk budaya pembelajaran melangkaui bilik darjah.

Antara program utama yang akan dilaksanakan adalah seperti Kuiz Superstar Sains, Sesi Tutorial Pengangkutan Masa Hadapan, Bengkel Belajar Dengan Arduino, Webinar Teknologi Masa Depan: Pengaturcaraan Robotik Maya, simulasi Sains Penerbangan, Bengkel Matematik Praktikal untuk Pendidik, Webinar BYOD (Bina Reka Bentuk Anda Sendiri) dan mencipta animasi AR/VR.” kata MOSTI.

Untuk maklumat lanjut, mendaftar minat dan menyertai pertandingan, boleh layari www.techlympics.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

SMK Kota Masai raikan bakal haji, tanam kebersamaan dalam ramadhan

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi PASIR GUDANG – Pengetua, Saridah Abdul...

AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UM santuni komuniti muallaf dan asnaf di pedalaman Sabah

Program khidmat bakti yang diadakan oleh mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya...