AM

Statistik kes kemalangan sepanjang OP SELAMAT 18 catat sedikit peningkatan

273

13 Mei 2022 – Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani memaklumkan bahawa statistik kes kemalangan jalan raya pada OP Selamat 18 yang bermula pada 29 April 2022 sehingga 8 Mei 2022 (10 hari) mencatatkan sedikit peningkatan bagi kategori-kategori kemalangan berbanding OP Selamat 15/2019.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini sebanyak 15,947 kes kemalangan telah dilaporkan, meningkat 1 peratus (111 kes) berbanding 15,836 kes bagi Op Selamat 15/2019.

“Kes kemalangan maut pula merekodkan peningkatan 7 peratus (10 kes) dengan 160 kes berbanding 150 kes pada OP Selamat 15/2019. Manakala jumlah kematian turut merekodkan peningkatan sebanyak 4 peratus (6 kes) dengan 166 kes berbanding 160 kes semasa OP Selamat 15/2019.

Meskipun berlaku peningkatan kes kemalangan disebabkan faktor pertambahan aliran kenderaan yang tinggi sehingga mencapai lima (5) juta buah kenderaan, berikutan pergerakan orang ramai untuk pulang ke kampung dan kembali semula ke ibu kota, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dengan bantuan pelbagai agensi masih mampu mengawal situasi di jalan raya.

Sepanjang OP Selamat 18, kesesakan yang berlaku di jalan dan lebuhraya utama negara telah dapat dikawal dengan baik melalui OP Lancar yang telah diatur gerak melibatkan semua elemen PDRM. Manakala pemantauan di udara menggunakan aset helikopter dan dron Pasukan Gerakan Udara (PGU), dilihat berkesan dalam menangani keadaan luar jangka daripada menjadi lebih buruk. Penguatkuasaan secara total enforcement ke atas enam (6) kesalahan utama turut memastikan pengguna untuk lebih berdisiplin dan berhemah semasa pemanduan di jalan raya.” kata Acryl Sani.

Tambah beliau kerjasama masyarakat di dalam mengisi borang balik kampung bagi rumah atau premis yang ditinggalkan sepanjang OP Selamat 18, telah membantu PDRM dalam memastikan kadar jenayah pecah rumah dapat diturunkan.

“Untuk rekod, sebanyak 313 kes pecah rumah telah dilaporkan pada OP Selamat 18 menunjukkan penurunan yang drastik iaitu -42.6 peratus (232 kes) berbanding 545 kes pecah rumah pada OP Selamat 15/2019.

Selain itu, keprihatinan pengguna jalan raya untuk bersama-sama menyalurkan sebarang maklumat mengenai tingkah laku pengguna kenderaan yang melanggar peraturan dan undang-undang agar tindakan dapat diambil, juga amat dipuji dan dihargai.” katanya.

Tambah beliau, melalui OP Selamat 18 ini juga, semangat Keluarga Malaysia dapat dilihat apabila semua pihak terutamanya pengguna jalan raya yang bertoleransi dan berhemah bagi memastikan sambutan hari Raya Eid’l fitri dapat diraikan dengan penuh kemeriahan, kegembiraan, selamat dan harmoni.

Sumber foto : PDRM

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...