Home Pendidikan Tawaran Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke Sekolah Khusus Tahun 2022 boleh dibuat pada 15 Mac
Pendidikan

Tawaran Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke Sekolah Khusus Tahun 2022 boleh dibuat pada 15 Mac

10 MAC 2022 – Semakan tawaran kemasukan Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke Sekolah Khusus Tahun 2022 boleh dibuat pada tarikh 15 Mac 2022.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan semalam, semakan tawaran boleh dilakukan melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi kemasukan ke Tingkatan Satu dan https://spskt4.moe.gov.my bagi kemasukan ke Tingkatan Empat serta Tahun 1 SVM. Katanya tawaran kemasukan Sekolah Khusus itu melibatkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.

KPM menetapkan bahawa tarikh pendaftaran murid baharu ke Sekolah Khusus adalah seperti berikut:

(a) Pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di SBP dan SMKA adalah pada 21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022;
(b) Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat di SBP dan SMKA adalah pada 5 April 2022;
(c) Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Satu di SBP dan SMKA akan dimaklumkan oleh KPM;
(d) Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat dan Tahun 1 SVM di SMT dan KV adalah pada 7 April 2022; dan
(e) Pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan Empat ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my/

Ringkasan maklumat berkaitan pendaftaran murid adalah seperti di bawah :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

HighlightsMY LNAPendidikan

KPM teliti cadangan kembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari

24 Mei 2023 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti cadangan untuk...

AMHighlightsMY LNAPendidikanSekuriti Makanan

UM Selamatkan Lebih 785kg Makanan dan diagihkan kepada yang memerlukan

KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2023 : 21 sukarelawan Universiti Malaya telah menjalankan program MYSAVEFOOD@Ramadan...

AMHighlightsMY LNAPendidikan

300 Staf Dan Pelajar Bertadarus Dan Iftar Di Dewan Tunku Canselor UM

KUALA LUMPUR, 13 April 2023 – Seramai 300 peserta yang terdiri daripada...

AMMY LNAPendidikan

Kolej Komuniti Selayang Hayati 10 Hari Terakhir Ramadhan Dengan Quran Hour

Selayang, 13 April 2023 – Gemaan bacaan Surah Al-Insan secara hibrid yang diketuai...