AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendidikan @ My LNAPerpaduan @ My LNAUTAMA

Bubur lambuk warnai kebersamaan di kalangan warga PPKI SMK Kota Masai

631

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi & Nik Nurzayumie Che Mat Zailani

KOTA MASAI – Bubur lambuk merupakan sejenis hidangan yang sangat popular apabila tiba bulan ramadhan.

Kebiasaanya, ia dimasak secara bergotong royong lalu dijadikan menu berbuka puasa bersama atau diagih-agihkan kepada masyarakat setempat.

Tidak ingjn melepaskan peluang, barisan pendidik PPKI SMK Kota Masai berganding bahu bergotong royong memasak menu bubur lambuk untuk dikongsikan bersama murid pendidikan khas.

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Cikgu Jamilah Ali menyatakan bahawa program ini termasuk salah satu dari program Ihya Ramadhan yang dianjurkan bersama bagi mewarnai kebersamaan antara guru dan murid di PPKI.

“Program ini adalah bertujuan bagi memupuk semangat kerjasama dikalangan guru dan murid untuk sama-sama kita indahkan bulan ramadhan dengan nilai kebersamaan dan keharmonian serta kasih sayang antara kita semua,” katanya.

Sepanjang bulan ramadhan, PPKI SMK Kota Masai mempersiapkan program-program keagamaan dalam menceritakan keindahan ramadhan kepada MBPK.

Sumbangan infaq juga disempurnakan bagi meraikan pelajar yang kurang berkemampuan sekaligus memupuk nilai saling berbagi dan berkongsi kemeriahan aidilfitri yang bakal menjelang.

Dalam pada itu, program ini berlangsung pada 2 April bersamaan dengan Hari Kesedaran Autisme Sedunia bertemakan ‘Empowering Autistic Voices’ yang mengajak orang ramai untuk fokus pengetahuan, kesedaran dan keberdayaan golong autisme.

Barisan guru dan murid tudut serta dengan memakai baju biru sebagai tanda sokongan kepada golongan autisme dan memberi kesedaran masyarakat untuk saling menghargai dan memahami golongan autisme.

Bulan ramadhan adalah bulan yang tepat untuk kita meningkatkan keimanan dan menanam nilai murni yang tinggi termasuk semangat untuk saling berkongsi rezeki dan sifat peduli diantara sesama manusia.

Semoga dengan kehadiran ramadhan, akan menjadikan diri kita seorang manusia yang mempunyai nilai empati yang tinggi dan mewujudkan sifat mahmudah dalam diri untuk menjadikan kita seorang manusia yang membawa manfaat kepada orang lain.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...