3 Mac 2022 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah mengadakan sesi ramah mesra bersama tiga (3) Tokoh Kraf Negara dan tujuh (7) Adiguru Kraf pada 2 Mac 2022 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Turut hadir Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Puan Aididah binti Ibrahim.

Tokoh Kraf Negara yang hadir ialah:

  1. Puan Hajah Azizah binti Mohamad Yusof (Tokoh Kraf Negara 2018)
  2. Puan Hajah Rohana binti Abd Rahman (Tokoh Kraf Negara 2020)
  3. Encik Norhaiza bin Noordin (Tokoh Kraf Negara 2022)
  4. Encik Siow Ho Phiew (AGK Pembuatan Kepala Singa (Boneka)
  5. Encik Samat bin Man (AGK Wau)
  6. Encik Ishak b. Kassim (AGK Anyaman Rotan)
  7. Encik V.N Ramadas a/l Vengdasalam (AGK Seramik)
  8. Encik Md Ghani bin Mat (AGK Blok Batik)
  9. Encik Ibrahim bin Deraman (AGK Batik Blok / Terap)
  10. Encik Wan Manang bin Wan Awang (AGK Songket)

“Antara perkara yang disentuh oleh Adiguru Songket, Wan Manang Wan Awang dalam perbincangan berkenaan adalah keperluan Kerajaan dengan penggiat industri meningkatkan kerjasama dalam mempromosikan sektor pelancongan, seni dan budaya.

Beliau turut menekankan agar Kerajaan memberi lebih insentif dalam bentuk galakan khususnya kepada anak muda bagi menarik minat mereka terlibat dalam perusahaan songket dan produk kraf. Usaha ini menurutnya bukan sahaja penting untuk meneruskan warisan budaya tetapi dapat meningkatkan kemahiran anak muda, contohnya dalam tekstil tenunan dan pembuatan produk seramik.” kata MOTAC dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Adiguru Kraf Siow Ho Phiew dalam Pembuatan Kepala Singa (Boneka) berkongsi pengalaman beliau dalam mengadakan program latihan bersama komuniti tarian singa dari China untuk mempromosikan tarian singa Malaysia di pentas antarabangsa.

“Inisiatif seperti ini dapat menarik pelancong antarabanga untuk melawat Malaysia dan menawarkan immersive cultural experience di negara ini, yang mempunyai kepelbagaian budaya.” kata MOTAC.

Justeru, Nancy berharap perjumpaan tersebut dapat memberi suntikan semangat baru kepada kesemua Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf yang hadir agar mereka dapat terus menyumbang dalam sektor tersebut seterusnya, mencapai sasaran hasil pendapatan sektor kebudayaan iaitu sebanyak RM1 billion pada tahun 2025.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Larian donat kikis imej buruk pemanis mulut

Rakyat Malaysia merupakan antara yang tergemuk di dunia, menurut perangkaan yang terkini....

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNANiaga @ My LNAUTAMA

Gen Z Percaya Pendapat Pengguna dan Pakar di Shopee

KUALA LUMPUR, 15 April 2024 – Hasil tinjauan ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan...