BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Larian donat kikis imej buruk pemanis mulut

244
Peserta dalam program larian sebelum ini kelihatan riang bersama rakan. Gambar arkib Larian Spektra UM (2)

Rakyat Malaysia merupakan antara yang tergemuk di dunia, menurut perangkaan yang terkini. Jumlah mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes didapati melebihi 50 peratus, berdasarkan NHMS 2019 dan NHSI 2023. Jumlah ini tentunya bukan sahaja memberi impak kepada individu yang terlibat, malah turut mempunyai implikasi yang lebih meluas kepada negara, terutamanya dari aspek produktiviti dan kos perubatan.

Impak berat badan berlebihan di kalangan penduduk terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan. Menurut laporan WHO pada 2017, Malaysia secara purata memperuntukkan sebanyak 13.3 peratus bajet kesihatan tahunan untuk kos perubatan yang melibatkan implikasi obes dan berat badan berlebihan, termasuklah diabetes, penyakit kardiovaskular, dan penyakit buah pinggang. Ini bersamaan dengan 0.54 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menjadikannya yang tertinggi di kalangan negara-negara ASEAN.

Menyahut cabaran yang mahasiswa seharusya menjadi sebahagian daripada penyelesaian, dan bukannya menambah komplikasi permasalahan, Universiti Malaya (UM) bakal mengadakan sebuah program larian yang akan menjuarai elemen kehidupan sihat ini melalui pendekatan yang unik. Sebuah program larian yang dinamai ‘Krispy Kreme Joy Run 2024’ bakal diadakan di Dataran Dewan Tunku Canselor UM dengan bertemakan makanan pemanis mulut, donat.

Setiap peseta yang menamatkan larian akan diberi donat premium di garisan penamat untuk dinikmati bersama rakan-rakan dan mereka yang disayangi, menurut penasihat program, Prof Madya Ir Dr Nahrizul Adib Kadri. “Program larian donat ini sebenarnya telah diadakan setiap tahun di UM sejak 2017, namun terhenti disebabkan pandemik COVID-19. Kini ia kembali kerana kami percaya sebuah hidup yang sihat adalah sebuah kehidupan yang seimbang.”

“Walaupun kita makan pemanis mulut seperti donat, dalam kuantiti yang sederhana, dan di dalam kawalan jumlah kalori yang sesuai, ia sebenarnya membantu kita mengekalkan berat badan yang ideal. Tambahan pula dengan aktiviti fizikal yang konsisten seperti larian, kedua-duanya akan mengawal kita dari makan secara berlebihan dan mengakibatkan pertambahan berat badan,” katanya lagi.

Satu lagi faktor yang memberi kesan kepada kualiti hidup sihat ialah stress atau tekanan. “Melalui aktiviti larian yang santai, dan disertai dengan komuniti pelari yang mempunyai aspirasi yang sama, tentunya akan mengurangkan tahap tekanan seseorang. Apatah lagi diakhiri dengan sebiji donat enak untuk dinikmati bersama di garisan penamat, tentunya akan meninggalkan memori yang indah kepada setiap peserta,” kata Dr Nahrizul Adib lagi.

Selain Krispy Kreme sebagai penaja utama, program larian ini turut dijayakan oleh jenama sukan tempatan, Ixora Sports, dan kumpulan pelari amatur, Running Kaki. Dijangkakan 1,000 orang pelari akan mengambil bahagian dalam program unik ‘berlari dan makan’ ini.

Versi 2024 larian donat ini akan diadakan pada 26 Mei 2024, dan akan melihat para peserta berlari merentasi kampus UM sejauh lima kilometer yang tenang dan penuh dengan kehijauan pokok-pokok hutan hujan Khatulistiwa. “Saya pasti peserta yang pernah, mahu pun yang pertama kali, menyertai larian ini pastinya akan pulang dengan aspirasi baharu untuk kekal konsisten dalam menjalani kehidupan sihat dan seimbang. Terutamanya apabila membelek medal larian khas yang berbentuk donat yang sudah digigit!” kata Dr Nahrizul Adib mengakhiri temubual.

Pendaftaran larian donat ini masih dibuka di laman web CheckPointSpot (https://v2.checkpointspot.asia/event/Krispy-Kreme-Joy-Run-2024), dan pelajar dan staf UM diberi diskaun istimewa untuk yuran penyertaannya

Maklumat lanjut mengenai program larian ini boleh didapati melalui Prof Madya Ir Dr Nahrizul Adib Kadri di nahrizuladib@um.edu.my

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...