Home Politik Tun M akan terus ‘ratib’ nama Najib, dedah pertemuan dengan Nazir
Politikz10

Tun M akan terus ‘ratib’ nama Najib, dedah pertemuan dengan Nazir

20 Februari 2022 – Pengerusi Parti PEJUANG, Tun Dr Mahathir pada hari ini mendedahkan bahawa adik kepada bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak iaitu Tan Sri Dato’ Sri Nazir Razak telah menemuinya ketika skandal 1MDB memuncak dahulu.

Kata negarawan itu dalam surat keduanya kepada pengundi Johor hari ini, Nazir meminta beliau melakukan sesuatu kerana wang berbillion telah hilang dan keadilan belum lagi dicapai terhadap jenayah yang telah dilakukan.

“Tan Sri Nazir menulis panjang lebar mengenai skandal 1MDB dan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh abangnya. Tulisan Nazir disebabkan perasaan malu keluarganya begitu bersalah.

Banyak lagi yang ditulis oleh Tan Sri Nazir yang dedahkan skandal Datuk Najib ini secara terperinci.” kata Ahli Parlimen Langkawi itu.

Tun Dr Mahathir juga menambah bahawa beliau akan terus ratib nama Datuk Najib ataupun mana-mana individu yang cuba merosakkan negara dan menipu rakyat.

Pada 15 Februari lepas, Najib telah membuat satu hantaran di Facebook rasmi bahawa Tun Dr Mahathir telah pulih dari masalah kesihatan apabila kembali menyebut namanya di dalam surat pertama Tun Dr Mahathir pada pengundi Johor.

“Eh.. dia kembali ratib nama saya dah. Maksudnya dia benar-benar dah pulih tu.” kata Najib dalam posting tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

HighlightsMY LNAPolitik

PH-BN SEPAKAT FORMULA MENANG-MENANG UNTUK RAMPAS KEDAH

PADANG TERAP, 5 Jun – Formula ‘menang-menang’ bagi agihan kerusi Pilihan Raya...

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

HighlightsMY LNAPolitik

AGIHAN KERUSI PH-BN PERLU BERLANDASKAN SEMANGAT PERPADUAN

ALOR SETAR, 4 Jun 2023 – Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...