Home Kenyataan Media Loh Siew Hong Perlu Dibenarkan Berjumpa Dengan Anaknya – ABIM
Kenyataan Media

Loh Siew Hong Perlu Dibenarkan Berjumpa Dengan Anaknya – ABIM

20 Februari 2022 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpendirian bahawa Loh Siew Hong perlu diberikan kelonggaran untuk bertemu anak-anak sekerap mungkin.

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata bahawa ABIM mencermati kes ibu tunggal Loh Siew Hong yang sebelum ini dinafikan hak bertemu dengan anak-anaknya ekoran dari pengislaman bekas pasangan dan anak-anak.

“ABIM menegaskan isu ini memerlukan jalan tuntas penyelesaian memandangkan ia telah berlarutan begitu lama susulan dari kes-kes hak penjagaan sebelum ini susulan keputusan satu pihak untuk memeluk Islam.

Menjurus kepada isu terkini, ABIM berpendirian untuk diberikan kelonggaran untuk ibu yang masih belum memeluk Islam untuk bertemu anak-anak sekerap mungkin. Kasih sayang ibu terhadap anak adalah satu fitrah yang dianugerahkan Allah kepada manusia yang mana tidak ada sesiapa berhak untuk melanggarnya.” kata Faisal dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau penting untuk direnungi Firman Allah dalam surah Luqman: 14 -“Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya mengandungkannya dalam keadaan lemah yang tersangat-sangat, dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kamu kembali”

“Malah, jaminan ibu untuk menerima pengislaman anak-anak itu dengan sendiri menunjukkan keikhlasan kasih sayang seorang ibu asalkan dapat bertemu anak- anaknya.

Jaminan ini seharusnya tidak menjadi asbab untuk dinafikan hak ibu bertemu anak-anak dengan alasan untuk memelihara agama anak-anak.” kata Faisal.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...