Home Kenyataan Media Busana Tradisional Malaysia adalah budaya memperkasakan aktiviti seni, budaya dan warisan negara – Nancy
Kenyataan Media

Busana Tradisional Malaysia adalah budaya memperkasakan aktiviti seni, budaya dan warisan negara – Nancy


KUALA LUMPUR 27 Januari 2022 – Usaha kerajaan untuk memperkasakan budaya bukanlah sesuatu yang baru. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) selaku peneraju diplomasi budaya sentiasa mengorak langkah memperkenal serta memartabatkan seni, budaya dan warisan Malaysia di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata salah satu pendekatan untuk mempromosi keunikan kepelbagaian budaya melalui pameran busana traditional etnik-etnik utama di Malaysia serta produk-produk kraftangan eksklusif (Malaysian signature craft products) di pejabat-pejabat kedutaan Malaysia serta pertubuhan kebudayaan di luar negara.

MOTAC selaku pemacu kebudayaan Negara telah mengorak langkah meningkatkan elemen diplomasi budaya. Di Malaysia terdapat lima (5) jenis busana kebudayaan tradisional etnik-etnik utama seperti Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak berserta aksesori lengkap dan patung akan diserahkan kepada Pusat Kebudayaan ASEAN di Bangkok, Thailand serta 10 Pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara yang terpilih seperti Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Perancis, Republik Jerman, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, China dan Korea Selatan.

Kerjasama strategik di antara MOTAC, Persatuan Badan Bukan Kerajaan dan Kementerian Luar Negeri (KLN) ini akan peningkatkan lagi kefahaman dan peranan duta-duta Malaysia di luar negara dalam mempromosikan seni dan budaya negara serta mengukuhkan kolaborasi budaya dengan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan antarabangsa.

Inisiatif ini juga selaras dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 untuk memperkasakan program dan aktiviti seni, budaya dan warisan di peringkat akar umbi hingga ke persada antarabangsa.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...