Luar Bandar @ My LNA

Contohi konsep ‘Saemaul Undong’ di Korea Selatan untuk memajukan kampung – Mahdzir Khalid

270

LANGKAWI 26 Januari 2022 – Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Mahdzir Khalid mencadangkan bahawa institusi Ketua Kampung, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, JPKK dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, JKKK mencontohi konsep ‘Saemaul Undong’ di Korea Selatan untuk memajukan kampung. Katanya konsep itu yang diperkenalkan oleh bekas Presiden Korea Selatan, Park Chung Hee pada tahun 1970, berjaya membawa perubahan besar di kawasan luar bandar negara itu.

“Saya suka mengambil contoh apa yang dilakukan di Korea Selatan itu yang berjaya melakukan transformasi kawasan luar bandarnya menerusi konsep ‘Saemaul Undong’.

Mereka telah mengubah semua kampung-kampung dari atap jerami gandum kepada atap genting dan juga membaik pulih rumah, melatih ketua-ketua kampung dengan istilah membina satu negara bangsa.” kata Mahdzir ketika berucap pada Majlis Penutupan Kursus Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Dalam Pengendalian Komuniti serta Pembangunan Daerah Padang Terap di sini hari ini.

Jelas Mahdzir, Korea Selatan telah membuktikan peranan besar Ketua Kampung dengan berjaya mengubah lanskap dan kehidupan masyarakat luar bandarnya dalam tempoh 10 tahun antara 1970 hingga 1980.

Dalam fasa itu, Korea Selatan berjaya meletakkan asas yang kukuh bagi pembinaan sebuah negara bangsanya menerusi ‘Saemaul Undong’ yang membawa maksud ‘Gerakan Kemajuan Baharu’.

Pada tahun 2013, mereka sekali lagi melakukan transformasi menerusi cogankata “Kami Mengusai Dunia” dengan pelbagai jenama peralatan elektronik yang dieksport dan digunakan di seluruh dunia seperti telefon bimbit jenama Samsung dan kereta jenama KIA.

“Mereka dari bangsa yang miskin selepas perang, 50 tahun Korea Selatan membangun menjadi sebuah negara hebat.

Hari ini tuan-tuan dalam 50 tahun, tuan-tuan menjadi ketua, apa yang kita hendak angkat di kampung-kampung menjadi status lebih daripada apa yang ada hari ini, maka kita hendak tengok apa yang kita boleh buat.” kata Mahdzir.

Tambah beliau, ketua-ketua kampung, JPKK dan JKKK hari ini perlu mempunyai data lengkap berkaitan kampung selain perlu merangka program yang bersesuaian untuk masyarakat di bawah pimpinannya.

“Dalam kepimpinan zaman ini, tuan-tuan menjadi ketua JPKK, apa yang kita nak adalah data. Apa dia data?

Dalam kampung saya ada 112 rumah, anak-anak kampung sudah ada di universiti 16 orang, 4 orang di luar negara dan 12 di univerisit tempatan, yang sudah bekerja di Kuala Lumpur, Pulau Pinang 38 orang, 20 sudah berkahwin, ada tak data tersebut pada kita? Sebagai Ketua Kampung, data-data itu yang diperlukan,” kata Mahdzir.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UPSI hulur bantuan persekolahan, terajui pendidikan bitara bagi masyarakat orang asli

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi, Mohamad Naqiuddin & Nur Sabrina SLIM...

AMBelia & My LNABM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

KKDW peruntukkan sebanyak RM5.41 juta kepada Golongan Belia di Negeri Johor

JOHOR – Program Belia Desa Madani @KKDW yang diadakan pada Jumaat lepas...

AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

Pelaksanaan sambutan Hari Orang Asli Sedunia tanda sokongan negara terhadap resolusi UN

Bagi tahun 2023, tema sambutan Hari Orang Asal Sedunia adalah ‘Belia Orang...