AMEkonomi @ My LNA

MEDAC-PERNAS bantu golongan asnaf melalui zakat wakalah – Noh Omar

84


KUALA LUMPUR 27 Januari 2022 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama PERNAS membantu golongan usahawan yang terjejas akibat COVID-19. Sebanyak 314 asnaf usahawan yang telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan tersebut melalui Zakat Wakalah.

Penyerahan zakat telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Haji Omar dalam satu majlis di Menara Berkembar Bank Rakyat hari ini.

Noh Omar berkata, “MEDAC dan agensi-agensi di bawahnya prihatin dengan situasi semasa yang melanda negara dan akan sentiasa melihat keperluan yang timbul dari semasa ke semasa bagi membantu semua pihak khususnya golongan usahawan untuk meringankan beban mereka.”

Selain program penyerahan zakat hari ini, MEDAC melalui agensinya, Pernas turut melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu Program Asnafpreneur yang bertujuan memberi suntikan modal kepada golongan asnaf yang ingin memulakan perniagaan prafrancais di bawah Program Business in Transformation ( BIT ) melalui program kendalian Pernas iaitu Projek “Be Your Own Boss (BYOB)”.

Pernas juga memperuntukkan sebanyak RM266,635.00 bersamaan RM5,000.00 bagi setiap peserta program melalui penyaluran wang Zakat Wakalah sebagai modal permulaan perniagaan.

Dalam pada itu Encik Mohd Hilaluddin Abd Shukor selaku Ketua Pegawai Eksekutif Pernas berkata ia memberi peluang kepada para asnaf untuk meneroka peluang perniagaan prafrancais dengan bantuan dan bimbingan daripada Pernas. Inisiatif ini dilihat dapat membantu mereka untuk menambahbaik taraf kehidupan dan menjana pendapatan yang lebih baik.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...