KUALA LUMPUR, 27 Jan – Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata akar umbi UMNO sudah lama sedar niat dan hasrat sebenar PPBM adalah untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya.
Kata bekas Presiden UMNO itu, ia sejak rakaman audio ‘scheme of things’ terbongkar di mana Perdana Menteri Kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan rancangan untuk sogok pemimpin-pemimpin UMNO dengan jawatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Jadi dengan pengakuan umum parti PPBM semalam, saya harap pemimpin-pemimpin UMNO yang masih inginkan kita bekerjasama dengan PPBM akan hentikan usaha mereka.
“Kawan-kawan dalam Muafakat (Muafakat Nasional) yang masih seru kita untuk menerima PPBM pun patut henti pujuk. Kami tetap kawan tapi jangan pujuk lagi,” tegas Perdana Menteri Keenam itu dalam satu hantaran di Facebook.
Najib memberi reaksi demikian mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan PPBM Johor Mohd Solihan Badri yang berkata alasan Presiden partinya Muhyiddin tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana fokus mahu menamatkan dominasi BN dan menamatkan riwayat UMNO.
Seterusnya tambah Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, UMNO tak faham kenapa perlu bekerjasama dengan pihak lain bagi memudahkan niat jahat dan hasrat PPBM untuk tamatkan UMNO.
“Itu ‘giler’,” bidasnya lagi. – UMNO ONLINE
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment